Saturday, January 31, 2009

PuTeri..

Hai anakku,
Apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang,
Buatlah dia marah sebelumnya,
Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah,
Teruskanlah..
Kalau tidak, jauhkanlah dia..
Pesanan Lukman al-Hakim

Ketegasan insan bergelar puteri,
”wahai puteriku.. demi Allah..
Jangan engkau percaya terhadap kata-kata SEBAHAGIAN lelaki..
Bahawa mereka memandangmu kerana Akhlak dan Adab..
Bicara denganmu seperti SAHABAt..
Dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab..
Sebenarnya, mereka bohong!!!
Hanya ditanganmu pintu segala kebaikan..
Bukan di tangan kaum lelaki”..

Mengapa mereka meninggalkan seorang wanita
Yang mereka bawa sendiri melayari alam asmara cinta
Tanpa sebarang sebab yang munasabah??
Hanya dengan perkataan ”Lupakan saya, ok”...
Mereka mengakhiri perhubungan yang terjalin..
Tergamak mereka melakukannya kepada seorang puteri..
Tergamak mereka mengguris perasaan insan yang dulunya
Diberi cinta dan kasih sepenuh jiwa..
Mereka penuh dengan kata-kata manis yang nista..
Wahai puteri, janganlah mudah mempercayai kata-kata mereka..


Buangkan kisah pahit yang telah membelenggu masa silammu..
Bina dan ciptalah kebahagiaan untuk dirimu.. Puteri..

Mencari Keredhaan Illahi

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula
Biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu keperitan derita ini
Agar aku sedar kesengsaraan ini.
Tak sama, bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah SAW
Tuhan tidak akan sesekali menzalimi hambanya,
Tapi, manusia menzalimi diri mereka sendiri..
Walaupun kita terluka kerana permainan dunia, namun
Peluang dari-Nya sentiasa ada.
Kasih darinya sentiasa memayungi..
Diturunkan ad-din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
Dikurniakan akal mencantikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat
Tunduk sebagai hamba
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata ”iman”
Menyemai sepohon ”taqwa”
Agar dapat berteduh dari kepanasan ”nafsu”
Agar dapat berlindung dari angin hasutan ”syaitan”
Dalam mencari ”KEREDHAAN ALLAH SWT”

CiNtA



"Benarlah penantian itu suatu penyeksaan
yang tidak tertanggung dan pencarian itu
suatu kesamaran yang tidak berpenghujung"

"Hari demi hari ku temui...masih belum ku
ketahui kepastian hidup ini,kenapa masih
belum ada tanda-tanda kebahagiaan yang
ku cari masih samar-samar dirasai
hanya takdir penentu suratan"

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

menginjak dewasa

bercerita tentang perkataan DEWASA.. apa yang anda faham tentang DEWASA?? erm.. pemikirian semakin matang, dan bersedia memimpin dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.. semakin hari, semakin ramai rakan-rakan aku yang mula melangkah ke arah itu.. erm.. mereka telah membuat keputusan yang besar dalam hidup mereka.. iaitu perihal pemilihan pasangan hidup dan perkahwinan.. erm.. mereka betul2 tekad dengan keputusan yang telah dibuat.. 11 mac 2009, merupakan tarikh bahagia dua pupu mizz senyum,.. aina aisyah name die.. walaupun muda 2 taun dari mizz senyum, namun die telah dewasa kerana membuat keputusan untuk berkahwin.. tahniah aina.. akak doakan bahagia selalu yea.. begitu juga pada 01 Mac 2009, iaitu lebih kurang seminggu sebelum aina melangsungkan perkahwinannya, sahabatku amalina juga akan menghadapi saat bahagia.. dia telah dirisik oleh jejaka pilihan hatinya.. tetapi, ia masih menjadi rahsia bagi kami semua.. kerana sehingga kini, die masih merahsiakan siapa jejaka tersebut.. erm.. surprise katenye.. erm.. yanti plak, bln 7 ni nk bertunang dgn org kampung aku.. erm... betullah.. kalau dah jodoh, takkan ke mana.. kan?? bila mizz senyum nak menginjak dewasa ni?? hehe..

Monday, January 19, 2009

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan
makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...
kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....
Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari
penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam... Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Saturday, January 17, 2009

CiNta

Cinta datang dan pergi..
silih berganti..
kerana, ianya hadir tanpa diduga..

Namun,
kita sebagai manusia..
harus menilai..
Erti cinta yang sebenar..

Adakala..
cinta itu hadir sebagai satu dugaan..
kadangkala sebagai kebahgiaan..
terpulang kepada kita sendiri..
sama ada mahu cinta itu atau tidak..

cinta yang kekal abadi ialah cintakan ILLAHI..
berusahalah untuk mendapatkan kasih sayang dari
yang Maha Esa..


Thursday, January 15, 2009

Doa As Syahid Sayyid Qutb

"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu." (As-Syahid Sayyid Qutb)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

WAHAI KAUM HAWA.. JAGALAH AURATMU..


Wednesday, January 14, 2009

Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin

Rizal Tahir
Wed | Jan 14, 09 | 3:50:10 pm MYT

KOTA BHARU, 14 Jan (Hrkh) - Mengambil kira kesengsaraan yang menimpa umat Islam di Palestin, kerajaan Kelantan memberi komitmen menyumbang sehingga RM1 juta bagi membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri akan memberi sumbangan minimum sebanyak RM1 juta pada malam program Sumbangan Derma Seberapa Banyak Untuk Rakyat Palestin 23 Januari ini.

"Sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri. Selain itu derma juga dikutip daripada orang ramai," katanya di sini hari ini.

Pada 23 Januari ini kerajaan negeri akan menganjurkan program khas bagi membantu mangsa kezaliman Israel bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan negeri akan menghantar rombongan ke Mesir untuk mengenali pasti keperluan mangsa-mangsa keganasan Yahudi di Palestin.

Katanya pada tinjauan itu sekiranya didapati mangsa-mangsa memerlukan ubat, maka duit yang diderma pelbagai pihak di sini akan digunakan untuk membeli bekalan ubat.

Beliau juga berharap orang ramai hadir pada program Sumbangan Derma Seberapa Banyak Untuk Rakyat Palestin sambil menghulurkan derma.

"Jika ramai orang menderma dan dicampur sumbangan kerajaan negeri serta agensi kemungkinan lebih RM1 juta dapat dihantar membantu rakyat Palestin," ujarnya.

MARILAH KITA SAMA2 MENDOAKAN KEBAHAGIAAN RAKYAT PALESTIN..

Tuesday, January 13, 2009

Cara2 COVER MALUUUU!!!

+ Kalo tersepak batu +
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan
terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai lepas tu baru bgn
bila takde orang nampak

+ Kalo terjatuh beskal +
cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla
lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak

+ Kalo terjatuh tangga +
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan
dengan makhluk halus

+ Kalo terjatuh dalam longkang +
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat pasti orang menyangka anda seorang yang
amat prihatin terhadap kebersihan

+ Kalo jatuh ketika nak naik bas +
jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?"
walaupun tiada orang di blakang anda

+ Kalo terjatuh di dpn bus stop +
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu
anda kalo takde baring terus sampai malam dan takde orang lagi
kat bus stop tu haa..ni lah masa sesuai untuk bangun semula

+ Kalo tgelincir kat lantai licin +
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang
je yang dapat malu...ye tak?

Saat-saat kesibukanku..



Hari2 mendatang, ku penuhi dengan seribu kesibukan.. penuhi dengan segala aktiviti.. studio, persatuan, klaz.. erm.. smlm, mizz senyum merasa hari paling sibuk yang pernah dirasai.. jam 745am da kene tunggu bas sbb claz (subject studio) stat kul 8am.. erm.. spatutnya, kami dlm group population dah boleh g kumpul maklumat awal pagi lagi.. tp, malangnya, pak im byk komen tentang surat rasmi tu.. ermm.. so, S/U group a.k.a my sweet member kne taip smeula surat tu untuk dibetulkan dan diprint semula.. huhu.. tp, nasib x menyebelahi kami, sbb kak kiah da terdelete folder dlm pendrive nana.. so, kami salin balik semua surat yang pak im komen.. huhu.. semuanya ada 7 surat.. wawawawa.. xpe.. hal kecik je tu.. ngee.. tu hal kat studio.. akhirnya, ktrg bertolak dr kampus ke jabatan utk mencari maklumat jam 12tghari.. tym tu sume office tgh rest.. haha.. ermm...



sementara menunggu waktu pejabat, iaitu lebih kurang jam2.30pm, ktrg melepak dan merayau2 la kat Danga Bay.. haha.. ermm.. perjalanan cerita ni sgt panjang.. kami pergi 9org menaiki sebuah van.. van ni van apiz hardy.. die mmg prihatin bab2 ni.. ade sstgh ahli group lg pergi gne kereta kakak si apiz ni.. ermm.. bg y ade kenderaan sndr, dorg g agensi naik motor la.. hehe.. smlm, mizz senyum dan seorang kwn dtugaskan utk mendapatkan maklumat di jabtn imigresen.. ermm.. da mcm pendatang asing da mizz senyum rasa.. hehe.. sbb kene keluar masuk jabatn tu.. ramai sgt pendatang asing y dtg utk wat passport.. hehe.. mcm2 bau ade.. haha.. kami berjumpe dgn PTD cwgn Johor, utk mendapatkan maklumat.. sweet sgt org nye.. baik.. peramah.. beretika.. sopan.. hehe.. pendek kate, semua ade la.. hehe.. maklumat tu xla dpt smlm.. so, kami kene dtg collect balik mklumat tu hari rabu..hehe.. kami keluar dr pej imigresen tu dlm jam 4.30.. pastu jalan ke van apiz y di park kat menara tabung haji.. ermm.. dlm 10 minit ktrg sampai, apiz x kuar lagi dr ofiz.. tp, mizz senyum dgn bijaknya tlh dpt membuka van tu dgn teknik,,,,,,, ermm,, teknik apentah.. eahh.. mane bley bgtau.. rasia la.. haha.. dlm kul 5 baru apiz turun.. erm.. pastu amik tna n sara kat MBJB, amik bulat dgn pijan kat Menara Ansar, last skali amik ecah dgn ifa kat Danga Bay.. hehe..

pastu, kami merayau2 g jusco bukit indah.. ermm.. mcm2 la aktiviti ktrg smlam... xpuas la pusing skejap je kat JJ tu, sbb JJ tu besar sgt.. huhu.. xpuas.. bile la nk sampai lg ea.. huhu.. ermm.. mizz temankan ecah bli kemeja utk hilmi.. haha.. msti cute bile hilmi pakai keneje y ecah bg tu.. so sweet.. ermm, mizz cume bli breeze basuh baju n susji je.. hehe.. pastu, dlm kul7, aku n ecah kua dr JJ menuju ke van.. tp, dorg masih xsampai van lagi.. so, ape lagi.. mizz senyum gunekan taktik y sama utk masuk dlm van tu.. haha.. dlm kul 715 ktrg bertolak balik ke kampus..

ermm... mlm tu plak, jam 8.30pm, mizz ade 2 perkara y nk kne wat dlm satu masa y sama.. kelas english dgn meeting studio (bincang pasal SUPER).. ermm, mizz xley tinggal kelas eng.. so, meeting kne la skip.. abiz je claz english dlm kul 10, mizz senyum trus g pejabat PEWIBAWA utk meeting exco pasal agenda tahunan.. ermm.. huhu.. penat jgk la sbnrnye jd S/U ni.. meeting abiz dlm kul 1 lebey.. pastu, mizz kne wat minit n ape2 y diperlukan utk hantar kpd HEP b4 15hb ni.. hwaawawawa.. mizz senyum tpaksa tdo jam 4 pagi dan lebey..

pg td mizz bangun lambat.. 7.20am baru tersedar, itupun sbb solehah call miz senyum tny claz kul brape.. haha.. pg td, sume dak kdse (planning) bangun lambat.. haha.. klaka je.. dengan mata merah xcukuptdo ni, mizz senyum gagahkan diri g kelas dan tunaikan tanggungjawab sbg pengundi.. hehe.. harini merupakan hari pemilihan MPP.. ade la rase jd pengundi.. hehe..

hurmmm.. letih la jgk... sibuk... bz... tp, mizz ttp meluangkan mase utk coretkan septah dua dlm blog mizz senyum ni.. hehe.. ptg ni ade lwtn sambil blaja kat nusajay.. sape nak ikut?? angkat tangan.... hehe..

Saturday, January 10, 2009

Cinta bertukar Teman

  

Hati manusia.. cepat benar berubah.. baru je lepas ckp sayang awk, rindu awk.. tapi, beberapa jam dan hari kemudian.. mula melafazkan kata perpisahan.. ermm.. lebih-lebih lagi.. lelaki.. lelaki ni senang sangat nak berubah hati.. ibaratnya, perkataan dan hati dorang tu x sama.. erm.. entahla.. walaupun dah hampir setahun mizz senyum berpisah dengan KAKA, mizz senyum slalu je ikuti perkembangan hidup KAKA.. kami x berhubung melalui telefon.. tp, kami berhubung rapat melalui friendster dan ym je.. erm.. dgn cara tu, kami kembali berkawan rapat.. tp, mmg tak dinafikan, mizz senyum msh lagi mmpunyi sisa2 cinta pd KAKA.. tapi, rasa itu perlu ditepis.. sbb, kini dia milik orang.. ermm.. setelah di selidik.. miz senyum dpt tau yang KAKA mintak putus, sebab parents KAKA dah merisik seorang perempuan.. ermmm.. nme die NZ.. hehe,, xley la published kan name awex org.. hehe.. ermm.. mizz senyum tgk dorg tu bahagia sgt.. huhu.. kdg kala, terdetik juga rasa cemburu.. tp, nk buat macamane kan.. jodoh antara kami tiada.. huhu.. 13jan ni, birthday KAKA.. tp, x pe.. sekarang ni, mizz senyum berhubung baik dan berkawan dgn KAKA.. insya Allah, mizz senyum akan dpt y lebih baik dr KAKA.. doakan mizz senyum jumpe 'abg kopiah putih' ea..



salam ukhuwah fillah..

Friday, January 09, 2009

Assalamualaikum

assalamualaikum dan salam sejahtera.. setelah sekian lama ingin menulis blog, akhirnya, saya telah berjaya membuat satu blog..
yang dinamakan senyumsimpul.. hehe.. hal ini kerana, saya merupakan seorang yang mmg suka tersenyum.. hehe.. walau dlm ape jua keadaan pun.. ini semua berkat kesabaran dan ketabahan yang telah dikurniakan Allah SWT..

sekian shj utk penulisan blog buat kali pertama kali ini.. terima kasih buat husna afifi yang telah mengajar cara2 untuk membuat blog.. hehe.. bg mereka yang teringin utk mempunyai blog sendiri seperti sy, sila pergi ke add blogger.com..
semuanya dah disediakan.. lengkap..
erm...

sekian,
wassalam