Monday, March 30, 2009

WANITA

Wanita Ibarat..
Sinaran Mentari di pagi hari,
Sinaran Purnama di kala malam,
Udara yang memenuhi segenap ruang,
Embun salju di kala fajar..

Wanita penuh dengan keistimewaan,
Perilakunya Indah,
Perilakunya Sopan..

Wanita dicipta..
Untuk disayangi dan menyayangi,
Untuk dikasihi dan mengasihi..

Hatinya Lembut,
Jangan Sakiti Hatinya,
Rajuknya Seketika,
Jangan duakan Cintanya,
Kelak engkau yang merana..

Wanita Idaman..
Walaupun perilakunya indah,
Tutur kata menggegar jiwa,
Namun, ia ibarat mawar berduri
yang sukar didekati..

Jadilah Wanita seperti
Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan Sumaiyyah..
Serikandi yang telah menggegarkan dunia..
Tabah dalam mengharungi liku
Sabar menempuhi dugaan
Setia dan taat pada yang satu..


Nukilan:
Umi Zuhirah Binti Ramlan
30 Mac 2009
7:07pm

P/S : Sayangilah wanita disekeliling anda.. termasuklah ibu, nenek, kakak, adik, mak cik dan kekasih anda.. hehe..

Saturday, March 28, 2009

PIKOM PC FAIR 2009


3 - 5 April 2009 (11:00am - 9:00pm)

• Permata Car Park (Level 5), Kuching - Sarawak
• Dewan Masyarakat Sandakan, Sandakan - Sabah
• Berjaya Megamall, Kuantan - Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Pahang
• Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh

10 - 12 April 2009 (11:00am - 9:00pm)

• KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
• Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
• Village Mall, Sungai Petani - Kedah
• Dewan Masyarakat Tawau, Tawau - Sabah


17 - 19 April 2009 (11:00am - 9:00pm)

• Miri Indoor Stadium, Miri - Sawarak
• Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu - Sarawak
• Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
• Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir


24 - 26 April 2009 (11:00am - 9:00pm)

• Dewan Jubli Intan, Muar - Johor

MARI DATANG RAMAI-RAMAI.. HEHE...

Friday, March 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR TINA

Hari ini, 27 Mac 2009, genap umur teman bilikku Artina Omar atau nama manjanya Tina 22 tahun... malam semalam puas kami mengenakan dia.. mula2, rancangan yang telah diatur hampir x menjadi sebab tina dah nampak baldi air yang liya pegang.. kami dengan penuh semangat, tarik tina bawa ke satu kawasan yang sesuai... haha... akhirnya, berjaya jugak misi untuk menyimbah air tu.. hehe.. tapi, liya xberpuas hati sebab tina xbrape basah.. dalam diam-diam, sekali lagi liya menyimbah tina dengan sebaldi air semasa tina baru selesai memotong kek,.. "PUAS" kate liya.. haha.. kami pun bersorak gembira.. ngee.. habis basah lencun.. ni la antara gambar yang sempat mizz edit untuk dihadihkan pada tina.... gambar mase sambut bday tu xboleh published la.. mintak maaf ea..

ermm.. macam umur 22 ke?? ngeee...

bukan ni je yang kami bagi.. ade lagi 2 dari kami iaitu gelang kristal dan bekas pensil itik.. bekas pensil ni, choo n shima yang pilih.. sebab, dulu ade mamat ni (atan itik) minat kat tina.. start dari tu, tina terkenal dengan itik.. hehe..

nway, SELAMAT HARI LAHIR TINA... DAH TUA DAH TU.. SEMOGA MENJADI WANITA SOLEHAH & BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT...

Sunday, March 22, 2009

KASIH, KU RESAH..

Kasih..
Kemana dikau menghilang saat ini??
Saat aku merindui suaramu..
Saat aku merindui gelak tawamu..
Saat aku merindui senyummu..
Saat aku merindui dirimu, kasih…

Hati ini bagai dilanda ombak lautan
Yang memukul pantai..
Hati ini terasa resah, saat dikau
Mendiamkan diri..
Hati ini terasa sangsi, saat
Tiada perkhabaran darimu..
Adakah aku telah membuat dirimu
Terasa dengan tingkah lakuku??
Apakah kesilapan diri ini sehingga
Membuat dirimu mendiamkan diri
Tanpa Seurat kata??

Maafkan diri jika tingkahku membuat
Engkau mendiamkan diri…
Resah ini takkan hilang sehingga
Engkau memberi perkhabaran..


10:52am 21 Mac 2009
Nukilan : Umi Zuhirah Ramlan

Friday, March 20, 2009

ANGKLUNG

Hampir sebulan yang lepas kami berkecimpung dengan dunia angklung ni.. hee.. seramai 21 org pelajar KDSE dan Perancang Bandar telah terpilih untuk memainkan muzik angklung ini sewaktu majlis makan malam Kolej Datin Seri Endon pada Mac yang lepas... penah lalah kami akhirnya berhasil.. gambar2 di bawah merupakan serba sedikit gambar kami sepanjang menjalani latihan




gambar bersama jurulatih
Along (Kelab Pop@Astro) dan Max@Malique
Terima Kasih atas kesabaran kalian mengajar kami.. hehe

















heee.. macam ni lah gelagat kami...

mizz x sempat nk amik gambar time blatih kat KDSE la.. huhu... byk kali gak kan kite blatih kat KDSE..

tiba nya, majlis makan malam KDSE... hehe.. xde amik gambar time tgh main la.. juz amik video je.. cane nk link kan video ke dlm blog ni ea?? erm.. al maklumlah, mizz masih dlm proses pembelajaran lagi.. hehe.. tp, ade la gamba kami berposing.. meh tgk..




rezeki kami makin baik kerana kami diminta untuk membuat persembahan buat sahabat-sahabat kami yang datang dari Universiti of Deponogoro, Indonesia... Mereka datang seramai 80 orang.. mereka juga ada mempersembahkan tarian dan muzik tradisional Indonesia.. yang paling menarik perhatian mizz ialah lagu 'Empat Penari'.. mmg klasik n bez.. walaupun x brape faham dengan bahasa mereka, namun mizz terhibur..
maaf, sebab skali lagi mizz xdpt merakamkan sebarang gambar kami bermain angklung.. tetapi, ada sedikit gambar dari persembahan yang dibuat oleh sahabat-sahabat dari Indonesia... mari saksikan..


alhamdulillah, makin hari, kelab angklung makin diminati ramai nampaknya.. hari ahad ni, kami dapat undangan untuk membuat persembahan angklung bersempena dengan majlis malam kebudayaan Kolej 10, UTM, Skudai... heee...

nantikan gambar terbaru akan datang yea... hehe
sekian, wassalam...


KISAH CINTA ANA & ENTI -petikan sajak dari seorang mahasiswa-



enti…
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..
bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,tp ana selalu tersenyum didalam hati,
agar senyuman ini ‘mahal’ dihari cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..di hari2 yang pasti…

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,tika mana ana dan enti ‘bukan’ lg ‘ana’ dan ‘enti’..
di hari2 yg pasti…

bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,dihari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,
bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti…
bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,di hari2 yang pasti..
bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..tidak lagi ,
dihari2 yang pasti..

………………………….

enti yakinlah,percayalah…

bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
kerana ia bukan hari2 yang pasti…

bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai enti,tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
kerana ia bukan hari2 yang pasti..
kerana ia bukan dihari2 yang pasti,ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati..
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..
enti,intailah sebentar hari2 yang pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..
bukan lah ‘ana dan enti ‘lagi…
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan…

-selamat malam enti-

moga kita dipermukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..

Wednesday, March 11, 2009

-Zaman Kesibukanku-

Lepas sahaja naik cuti maulidur rasul je, pelbagai tugas yang menanti untuk disiapkan.. zaman kesibukannku bakal menjelma.. hari ini saja, kelas bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi.. disambung pula dengan perbincangan kumpulan untuk tugasan 'Project Management'.. kami ada sedikit tidak puas hati kerana tajuk yang kami pernah usulkan sebelum ini telah ditolak oleh lecturer, tapi, group lain pulak yang proceed tajuk tu.. huhu.. bengang tak?? ermm.. xpe la.. ada hikmah disebaliknya.. insyaAllah.. ktrg bincang pasal 'Project Management' tu depan lab je tau.. sempoi.. hehe..

habis je bincang & confirm dgn tajuk yang baru & lebih mantap, beserta dengan methodologi yang telah disusun rapi.. mizz pun tapaw la makanan kegemaran mizz (tempe) dan pulang ke kolej.. sampai je kolej, mizz makan dgn roomate mizz sambil bergosip2.. hehe.. lepas makan je, mizz terus sambung study sbb petang tu ade test Project Management.. 15% beb.. banyak tu.. tepat jam 1.50 ptg, mizz pun bertolak ke kampus.. hurmmm.... test berjalan dengan lancar selama 30 minit.. alhamdulillah, mizz dapat jwb dgn baik... doakan yang terbaik untuk mizz yea.. pastu, kelas disambung dgn kuliah sampai la jam 5.00 ptg..

tepat jam 5.30 ptg, mizz bergegas ke dewan untuk latihan angklung.. harini along x datang.. ade hal kate max.. bdk2 lain pun ramai yang tak datang sbb petang td hujan lebat sgt2 tau.. habis basah kuyup, walaupun jarak antara hostel ke dewan xsampai 1 km pun.. padahal dah pakai payung tu.. hurm.. angin pun agak kuat la jugak.. sampai2 je kat dewan, xramai yang datang.. hurmmmm... dush2.. x blatih pun.. sbb xcukup org.. max suruh kami blatih sendiri, hari sabtu ni ktrg kne perform untuk majlis makan malam KDSE.. gempak tu.. seramai 22 orang pemain angklung KDSE terdiri daripada FAKULTI ALAM BINA, UTM.. hehe..

tepat jam 7.20 ptg, mizz turun cafe n makan malam dgn ecah n hilmi.. saje je nk kacau daun.. hehe.. mizz mkn nasi goreng belacan.. sedap gak tau.. try la.. erm.. yang x tahannye, mizz tertinggal bas sbb terlampau asyik menjamu makanan tu.. hehe.. nasib baik bas tu buat u-turn.. so, dpt la mizz g class english yang start kul 8.15pm.. hujan masih renyai2 waktu perjalanan ke B11.. bertemankan payung dan hafiz ku sayang.. walaupun hanya dapat mendengar suaranya, ia pengubat hati nan rindu.. heehe.. tetiba plak jiwang..

abis je class english tu, mizz naik plak studio, tgk dorg sibuk dok wat keje.. rasa tak manis plak klu mizz wat keje dlm bilik.. sian dorg.. xpe la.. plan awal, mizz nak balik naik bas kul 11.. tp, disebbkan rasa kemanusiaan, mizz mengambil keputusan utk pulang ke hostel utk mengambil laptop, dan menyambung pengiraan di studio.. dalam masa yang sama, kami menyambut ulangtahun kelahiran kawan baik mizz 'nana' n dieba.. ade la jamuan sikit.. walau pun begitu, mizz tetap teruskan kerja sehingga siap.. dalam menyiapkan kiraan unjuran populasi dengan menggunakan teknik unjuran berganda, ada insan yang terasa hati dengan tingkahku.. maafkan diri ini andai tingkahku membuat engkau kecewa.. tp, cubalah fahami tugas harianku..

akhirnya, tepat jam 2.00am, mizz berjaya print hasil kerja mizz n serahkan kepada ketua kumpulan yang sangat dedikasi 'mr shahrom'.. sbb esk die nk g jumpe lec.. sementara tunggu kawan2 lain untuk menyiapkan kerja mereka, mizz pun explore la internet ni.. mcm biase la.. jenguk blog.. friendster.. dan emel.. hurm.. mizz terjumpe shout kwn mizz 'am i ready to die?'... mizz xboleh pandang belakang.. sekali die dah buat keputusan tu, mizz akan ingat smpai bila2.. xkisahla die nk cakap ape pun.. mizz takkan menyesal..

akhirnya, kul3.30am mizz n 10org kwn lagi sampai di KDSE dgn menaiki van hafiz.. te'ah yang bwk van tau.. terer tu.. hehe.. esk plak, klas kul 8.00am.. tp, lec tu xde sbb die g korea.. ade projek kt sane.. tp, lec lain yang ganti.. mizz n tina dah plan nk ponteng klas esk pagi.. kul 10 baru g klas gunatanah.. hehe.. pak lah yang ajar.. hurrmmmm... i like.. hehe.. sbb pak lah ni, senang nk faham.. lg satu, die ajar, kami xngantok pun dlm klas.. xtau la ayat ape yang die pakai.. ngee.. petang esk plak ade perjumpaan dengan lecturer utk bincangkan tentang pameran yang kami akan jalankan di IRDA sabtu ni... banyak panel yang perlu disediakan.. huhu.. lagi2 group housing.. population lebih kepada pengiraan je..

mlm tu plak ade klas ganti untuk subject housing.. stat kul 8.00mlm sampai kul 10mlm.. pastu, kemungkinan besar, akan stay up lagi kat studio utk siapkan panel.. khamis pun same.. sepanjang hari ade klas.. dari pagi, sampai la malam.. jumaat plak, studio.. lec nk tgk panel dah siap.. sabtu ade 2 function.. IRDA & angklung..... huhhhhhuhuhuhuuh......

Monday, March 02, 2009

TEKNIK UNJURAN PENDUDUK

Apakah sebenarnya teknik unjuran penduduk???
Teknik unjuran penduduk merupakan satu teknik yang digunakan dalam menganggarkan jumlah penduduk pada masa akan datang.. Teknik unjuran penduduk terbahagi kepada 2 kaedah iaitu teknik unjuran AGGREGATE dan KOHORT...

Teknik Unjuran Aggregate ni pula terbahagi kepada banyak lagi model, tapi, 3 model utama yang telah di ajar oleh En Hisyam dan Dr Amiruddin Abu Bakar atau lebih selesa membahasakan dirinya Pak Amir, ialah:
1. Model Pertumbuhan Linear
2. Model Pertumbuhan Berganda
3. Model Regressi

1. MODEL PERTUMBUHAN LINEAR
Apabila tren perkembangan penduduk masa lalu, bertambah atau berkurangan mengikut satu bilangan yang tetap atau hampir tetap;
Maka graf perkembangan penduduk mengikut tahun boleh dilukiskan sebagai satu garis lurus.



FORMULA & APLIKASI PERTUMBUHAN LINEAR

P(t+n) = Pt + b*n
P(t+n) = Bil penduduk tahun unjuran (t+n)
Pt = Bil penduduk tahun asas (t)
b = Data purata pertambahan penduduk se tahun
n = Bilangan selang tahun unjuran dari tahun asas
* = Darab



2. MODEL PERTUMBUHAN BERGANDA

Apabila bilangan penduduk dijangkakaakan akan bertambah secara berganda (compound) di masa depan (Thomas Malthus).;
Maka graf perubahan penduduk mengikut tahun boleh dilukiskan sebagai satu graf geometrik.



FORMULA & APLIKASI PERTUMBUHAN BERGANDA

P(t+n) = Pt * (1+r)n; r = (P(t+n) / Pt)1/n – 1)
P(t+n) = Bil penduduk tahun unjuran (t+n)
Pt = Bil penduduk tahun asas (t)
r = Data % purata pertambahan penduduk se tahun
n = Selang tahun unjuran dari tahun asas
* = Darab


3. MODEL PERTUMBUHAN GRS. REGRESSI

Menggunakan kaedah “least squares” bagi mendapatkan satu garis tren terbaik yang mewakili data pertumbuhan penduduk;
Maka graf perubahan penduduk mengikut tahun boleh dilukiskan sebagai satu garis regressi.


FORMULA & APLIKASI PERTUMBUHAN GRS. REGRESSI

Y = a + b * x; y = bilangan penduduk
a = (Σy – b* Σx) / n x = jarak dari tahun asas
b = (n Σxy – Σx*Σy) / (n* Σx2 – (Σx)2) n = bilangan data



TUJUAN senyum simpul menulis entry bawah tajuk kali ni disebabkan oleh ade rasa sedikit keBENGANGAN... bengang sebab ape ea?? sebab studio kali ni senyum simpul kene buat unjuran penduduk mengikut mukim untuk projek review iskandar malaysia.. masa awal2 dulu, senyum simpul dah decide untuk gunekan teknik linear.. dengan menggunakan teknologi excel, senang je senyum simpul siapkan kiraan tu.. xsampai 1 hari pun.. hee.. tapi, setelah senyum simpul semak kembali rumus-rumus yang digunakan, didapati bahawa, senyum simpul tersalah gunakan rumus!!!!!!!!!!!!..... wawawawawawawawa... rase nk nangis je.. kene la buat kiraan semula..
Pak Im & Pak Lah suh wat presentation hari jumaat ni,.. huhu.. rase x sempat je nk kire... Ade sesiapa yang boleh tolong tak??? huhuhu....