Thursday, April 30, 2009

MERDEKA!!!...

akhirnya, masa yang ditunggu-telah tiba... haha.. ape dia?? jeng, jeng, jeng.. exam dah berakhir... haha..
sronoknye... suke Rollsuke Rollsuke sangat..
rase macam beban kat kepale ni dah boleh dibuang.. ngee...
Paper last tadi paper Project Management.. Jawab 3 soalan dari 5 soalan.. dalam masa 2 1/2 jam.. lame gak tu tau.. alhamdulillah, mizz senyum dapat buat dengan baik.. InsyaAllah, result nanti ok.. doakan ye.. doakan pemeriksa2 kertas exam tu lembut hati je bile baca tulisan-tulisan mizz senyum... ngee.. boleh la die bagi markah lebih.. hehe..
Tahniah juga buat rakan2 mizz senyum, termasuk mizz senyum sendiri yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran sem ni.. dah tengok aimsweb blum?? senarai tampal studio dah kua dah.. Tahniah untuk mereka yang dapat skor A, termasuk mizz senyum sendiri.. Alhamdulillah..

esok pagi, mizz senyum dah boleh balik ke kampung halaman.. Rindu sangat kat kampung... Ni la teratak di mana mizz senyum telah dibesarkan... teratak ni adalah hasil tangan abah mizz senyum sendiri tau.. abah memang berbakat dalam banyak hal..

cuti 2 bulan tu.. tapi, Female Gangsterkene buat pektikel la ..
mizz senyum buat pektikel kat AJM Planning & Urban Design Consult,
Kat Dataran Mentari, PJ.. kate member mizz senyum, bangunannye betul2 depan Sunway Pyramid.. wah.. memang masyukkk.. cuci mate la tiap hari.. ngee..

Tapi, sebelum balik, malam ni ade meeting PEWIBAWA.. adeyh.. sebelum tu kene jumpe bobostrobos dulu.. die nak bagi gambar ktorang mase main angklung hari tu.. hehe.. memang banyak la ktrang posing mase tu.. hehe.. nanti kalau dah dapt, mizz senyum letak gambar dalam ni ye.. hehe..

yeye.. cuti... haha.. tak lupa juga buat HAFIZ, American sebab terpilih untuk program ape nth kat HAWAII tu.. program ape ea piz?? hehe.. jangan lupe aku kat sini.. bawak la buah tangan dari sane tu ha.. hehe.. untuk ANA Red Hatplak, jaga diri bebaik kat KOREA tu.. jauh tu korang wat pektikel.. yang penting, jangan lupe kat aku ye..

Untuk kengkawan yang lain plak, walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, korang memang sayang Malaysia kan?? aku tau.. sebab tu tak nak buat jauh2.. takut nanti rindu kat mak, ayah, fmily, lagi2 orang tersayang.. hehe.. anyway, sebelum mizz senyum balik kampung esok pagi, mizz senyum nak mintak maaf banyak2 kat sesape yang pernah terasa dengan tingkah atau kata yang kurang menyenangkan.. MAAF YE..

Akhir Kata:
SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENJALANKAN PRAKTIKAL KWN2 KU SUME..


p/s: pesanan untuk pa'a, cite pasal ko akan dimasukkan kemudian.. masih dalam proses editing.. hehe.. slamat membaca.. xpe, balik kampung nanti kite jumpe ea.. tp, ko xley ikut aku dating.. kacau daun jek.. haha.. nway, time kasih sebab menjadi sahabat yang baik.. hehe.. (ape lagi pa'a, blanje la abc ke, cendol ke.. nak blanje KFC pun boley.. ngee)..

Yang Sentiasa Tersenyum,
Easter Bonnet

Tuesday, April 28, 2009

CINTA BUS STOP

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengahari. Raziq menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Cuaca cerah menunjukkan petanda baik baginya. Dia segera menutup fail di atas meja dan memberitahu setiausahanya bahawa dia hendak keluar. Raziq turun ke basement untuk mendapatkan keretanya dan menuju ke tempat biasa yang ditujui. Seperti biasa, dia akan singgah ke drive thru Mcd untuk membeli makanan tengaharinya. Selepas itu, dia segera menuju ke stesen LRT yang berdekatan dan duduk menanti di dalam keretanya. Kelihatan seorang gadis berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. Raziq tersenyum sendirian. Setelah melihat kehadiran gadis itu, dia segera turun dan menuju ke arah perhentian bas itu. Itulah rutinnya setiap hari selepas jika ada kelapangan. Sejak kali pertama berjumpa dengan gadis itu, hatinya sudah terpaut. Namun, dia masih belum ada keberanian untuk bertegur sapa dengan gadis itu.

xxx

"Ehem!" Zikri sengaja berpura-pura batuk apabila melihat Zulaikha mengintai Ibrahim dari jauh. Zulaikha menunjukkan perasaan marah, "Apesal kau ni?!!" "Woi..kalau ye pun kau syok sangat kat dia,jangan la sampai camtu...buruk giler..." ejek Zikri. Zulaikha memukul perlahan bahu Zikri. "Kau diam... suka hatila.. Dia tu,comel..Baik pulak tu.. Walaupun genius, dia tak berlagak dan selalu tersenyum.. Dia la,jejaka idaman aku" jelas Zulaikha. Zikri mula membuat mimik muka menyampah. " Kau jangan mimpilah,Ika.. Cermin muka kau tu dulu... Banyak jerawat, spec tebal macam betty, pakai tudung senget...Ish3...Dia tak perasan pun yang kau tu wujud tau..." ejek Zikri. Zulaikha terdiam. Ada benarnya apa yang Zikri cakap. Siapalah dia,hanya seorang insan biasa...

xxx

Lagu Jatuh nyanyian Adam dihayati oleh Zulaikha bagi setiap patah perkataan yang didengarinya. Dia mengubah perkataan wanita kepada jejaka. Kelakar pula rasanya. Dia tidak tahu kenapa dia asyik pergi ke perhentian bas itu setiap kali waktu lunch. Setelah dia terlanggar pemuda itu ketika turun tangga, hatinya terus berasa berdebar-debar. Buat kali pertamanya, seorang jejaka selain Ibrahim mampu membuat hatinya terus berasa berdebar-debar. Adakah ini cerita pandang pertama? Dia tersenyum sendirian mengenangkan kejadian tadi.

xxx

"Err..maaf saudari,boleh saya duduk di sini?" tanya Raziq dengan sopan. Zulaikha mengangguk kecil. 'Go!Go! Raziq! You can do it!' suara hati Raziq memberikannya semangat untuk mengumpul kekuatan bagi memulakan perbualan memandangkan tiada orang selain mereka berdua. "Tak lapar ke?" tanya Raziq sambil menghulurkan fries kepada Zulaikha. "Ambillah.." pelawa Raziq. Zulaikha pada mulanya kelihatan teragak-agak namun fries bertukar tangan jua. Zulaikha merenungnya,"Err..thanks!" Hati Raziq bersorak kegembiraan kerana berjaya mendengar suara buah hatinya. Selepas itu, dia pun memulakan rancangannya...

xxx

Kedengaran bunyi ketukan pintu dan Zikri masuk tanpa diminta. "Oii!!! Aku nak mintak tolong kau ni....kau dengar tak??" kata Zikri sambil merenung ke arah Zulaikha yang sejak dari tadi sibuk membaca kes-kes. "Apa?" tanya Zulaikha bersahaja tanpa memandang ke arah Zikri. ".. Kalau kau ada buat salah,kau cari peguam lain.. Aku boleh rekomenkan... Aku dah ada cukup banyak kes yang aku nak handle ni..." sambung Zulaikha lagi. Zikri menarik kes-kes yang sedang dibaca Zulaikha dan meletakkannya ke tepi. Kemudian, Zikri merenung ke arah Zulaikha dengan penuh romantis dan memegang tangan kanan Zulaikha disusuli dengan ciuman pada tangan kanannya itu, sambil berkata, " Jadilah kekasihku..." Zulaikha termangu seketika dan kemudian melihat ke arah Zikri yang masih tidak melepaskan tangannya... Kemudian, Zulaikha mengetuk kepala Zikri dengan fail di atas meja.."Apa cium-cium?!!"

xxx

Entah kenapa Zulaikha bersetuju untuk menjadi kekasih Zikri. Malahan, dia sanggup mengorbankan hujung minggunya untuk keluar dengan Zikri. " Hai sayang...Sayang, ni I kenalkan Tasya, rakan sepejabat I and Tasha, ni I kenalkan Ika, kekasih hati I." Zikri dengan senang hati memperkenalkan mereka berdua. Geli-geleman Ika dibuatnya. Daripada panggilan 'aku' 'kau' terus bertukar 'I' 'you'.. 'Pelik,budak Zikri ni..Sejak bila pulak dia romantik macam ni? Masa sekolah dulu, ganas je,takde pun ciri-ciri romantik..gumam Zulaikha di dalam hati. Tiba-tiba mata Zulaikha terpandang akan kelibat seseorang yang dikenalinya duduk berdekatan.. 'ha! Raziq!' jerit Zulaikha di dalam hati.

Raziq melihat dari jauh perlakuan mesra antara insan yang mencuri hatinya dengan jejaka lain yang dia tidak berapa nampak wajah jejaka itu yang membelakangi dirinya. Entah kenapa hatinya panas. Dia tidak pernah sangka Zulaikha merupakan gadis sebegini. Nampak sahaja bertudung, alim, tetapi berpegangan tangan dengan lelaki tanpa segan silu di khalayak ramai. Dia membuat keputusan untuk bangun dan memarahi Zulaikha kerana menipunya bulat-bulat,namun niatnya tergendala apabila mendapat satu sms.

xxx

"Jangan la sedih,Ika... Kau ada aku,kan..kan..." pujuk Zikri bersungguh-sungguh. Ika hanya mendiamkan diri. "Macam ni ajelah, kat majlis reunion ni, kau lupakan jelah laki bus stop tu dan kau fokus untuk tackle Ibrahim,ok.. Aku dah lepaskan kau ni...Kau still suka kat Ibrahim kan?" sempat Zikri berseloroh dalam usaha dia memujuk Zulaikha. Zulaikha hanya menggeleng-gelengkan kepala," Semua ni, salah kau...yang kau pegang tangan aku and buat-buat romantik tetiba kat tempat awam apahal?!! Mesti dia da fikir aku ni perempuan jahat...Aku benci kat kau..." marah Zulaikha. " Alahai,merajuk pulak..kau tak nak masuk ke? Alang-alang dah sampai sini, masuk la dewan,jumpa kawan-kawan lama. Jumpa Ibrahim kesukaan kau dulu..Takkan nak duduk kat luar je..." pujuk Zikri lagi.. "Taknak..Aku malas la,kau yang paksa aku datang kan, sebab lesen kau dah mati,kau suruh aku drive...Aku nak duduk je kat luar.." Jelas Zulaikha bersahaja dan duduk di bangku di luar tanda protes. Zikri mengeluh kecil. 'Suka hati kaulah,Ika...'

Zikri meninggalkan Zulaikha keseorangan dan matanya melilau mencari Ibrahim 'Ha! tu punn'
"Wei,Ib...lama tak jumpa kau.. Sebelum kau cerita pasal diri kau dengan lebih lanjut, aku nak kau ikut aku jumpa secret admirer kau...Kau ingat tak,yang aku selalu cerita kat kau dulu masa sekolah? Ingat tak?" tanya Zikri. "Oh, yang selalu pass kat kau penanda buku gambar karun tu ek,yang dia suruh bagi aku tu...?" tanya Ibrahim. " Haahlah, yang tu la... Kau kan memang tak kenal dia yang mana kan,maklumla,kau kan budak nerd masa tu, mane la, nak kisah hal orang sangat..." sempat Zikri mengejek Ibrahim. "Yelah,yelah.. Aku budak nerd.. Kau tunjukkan la, kat aku siapa dia.. Aku pun teringin nak tahu nihh.." jelas Ibrahim. Zikri tersenyum puas. "Kalau kau nak tahu, meh ikut aku.." arah Zikri.

Ibrahim membontoti Zikri dari belakang keluar dewan. Kelihatan seorang gadis bertudung yang mukanya tertutup dengan buku komik yang sedang dibacanya. " Wei minah! Apesal kau tak masuk lagi? Baca komik pulak tu... Buruk perangai.. Kau tu dah dewasa tau!" tegur Zikri. Zulaikha tidak menghiraukan Zikri. "Dia ke?" tanya Ibrahim dalam nada berbisik. Zikri hanya menganggukkan kepalanya. Ibrahim pun menuju ke arah Zulaikha dan menarik komik tersebut dari tangan Zulaikha. " Zikri! Kau ni kan... Haaa!!!!!" kata-kata Zulaikha terhenti apabila melihat Ibrahim. " Kenapa awak ada kat sini?" Ibrahim dan Zulaikha bertanya serentak. " Saya student kat sini..." sekali lagi mereka serentak dalam memberikan jawapan. Zikri bergerak dan berdiri di antara Zulaikha dan Ibrahim. "STOP!!" arah Zikri tiba-tiba. " Aku lupa nak kenalkan kat kau dia ni, Zulaikha adik sama emak dengan aku,tapi lain ayah..dan Ika, ni Ibrahim kesayangan kau.." sambung Zikri lagi. Muka Ika bertukar kemerahan. " Zikri,dia dah ada pakwe kan?" tanya Ibrahim. " Pakwe? Hahahaha!!!! Kau nak tahu, dia ni setia kat kau sorang je,cuma akhir-akhir ni dia ada curang sikit la..." jelas Zikri. " Dekat restoran,kan last week? berpegangan tangan..." duga Ibrahim. "Restoran? bukan...bukan... Dia curang dengan laki bus stop la..Dia ni, mane la pernah keluar dengan lelaki lain kecuali aku nih... aku yang suka keluar dengan dia konon-konon nak jeleskan awek yang aku nak usha tapi tak berjaya la..eh,eh..jap,jap...macamane kau leh tahu ni?" Zikri menoleh ke arah Ibrahim meminta penjelasan.

Ibrahim tidak menghiraukan pandangan dan pertanyaan Zikri. Dia menoleh ke arah Zulaikha untuk mendapatkan kepastian. Zulaikha mengangguk kecil. Ibrahim tersenyum. " Sorry, sebab salah faham... By the way, saya Mohd Ibrahim Raziq..." kata Ibrahim lalu mengambil pen dari kocek bajunya, dan menulis sesuati di dalam komik milik Zulaikha. Zulaikha membaca apa yang ditulis Ibrahim. Dia pula tersenyum. " Sudi, tapi kenalah,ikut line yang betul.." jawab Zulaikha lalu terus masuk ke dalam dewan meninggalkan komik yang dibacanya tadi. Ibrahim pula dilihat segera beredar ke suatu penjuru untuk membuat satu panggilan telefon. Zikri terpinga-pinga keseorangan. Dia pun mengambil komik milik Zulaikha tadi dan terkejut melihat....

' Sudikah awak menjadi wanita yang akan menemani saya berbual
sepanjang hidup saya selain di bus stop? Saya menyintai awak.
Kahwinlah dengan saya. -Ibrahim Raziq- '

xxx

sweet sangat kan??? kalau la ade lelaki macam Ibrahim Raziq.. ngeee..

Penulis : Kura-Kura Comey

Karya ni diambil terus daripada blog Koleksi Cerpen2

Monday, April 27, 2009

Cute kan??


Dalam sibuk mentelaah buku2 dan kertas2 yang banyak, mizz senyum sempat lagi melihat gambar-gambar tebaru Dato' Siti Nur Haliza... ni pun lepas kak ain a.k.a classmate mizz senyum mase blaja kat UTM KL dulu.. skg ni die keje kat MPPort Dickson.. Keje elok2 ea kak ain.. hehe

Makin lame, makin cute la die ni.. Gerammm sgt.. Gambar-gambar ni diambil dalam web beautifulNara.com dan minaq_jinggo.. try la tgk... macam-macam ada.. ngee..

Ayu sangat bile tengok Dato' Siti pakai tudung ni.. kan elok macam ni.. wanita yang dicipta oleh Allah memang dah cukup sempurna..

Ade banyak lagi koleksi gambar Dato' Siti yang dapat menarik hati mizz senyum.. Meh tengok lagi gambar2 kat bawah ni. .












Cute kan?
gerammm je tengok.. cumil jek... macam mizz senyum tak?? ngeee.. prasan jek.. "Cintaku Bukan Di Atas Kertas".. hehe.. tetibe je..


haaa.. yang ni plak, gambar Dato' Siti & Suami saat berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. wah.. mesra sungguh.. mizz senyum pun tringin nak jumpe Nik Aziz...

Dato' Siti ni memang cute kan??
"Sweet je"

Friday, April 24, 2009

Boleh Skor Ke??

Exam, exam, exam... muahaha..
semester ni mizz senyum amik 6 subject, tapi, exam 5 paper je.. subjek dan jadual ade kat entry sebelum ni.. ngee.. hari ni 24 april bersamaan hari jumaat, mizz dah hadapi 3 paper exam.. tau tak ape perasaannye?? LEGA SANGAT2... stakat ni, mizz masih boleh tersenyum dengan soalan2 exam tu.. ngee.. mmg agak susah, tapi, nak buat macamane kan, jawab je ape yang termampu... bak kate member mizz, name dia hajar, "walau ape soalan yang kuar pun, jawab je ape yang dah dibace.." haha.. aku suke semangat die.. tapi, kne pandai manipulasi la apa yang dah ade dalam kepale dengan soalan yang ditanye.. ngee.. tapi, aku pandai ke?? nak tau pandai ke tak, kne tgk result exam nt la.. ngee.. lepas ni nak kne pulun study 2 subject lagi.. adeyh.. jiayok!!!!! doakan mizz senyum berjaya jawab dengan baik ye...

Sunday, April 19, 2009

DOA SEORANG KEKASIH.. BUAT MEREKA YANG SEDANG BERCINTA

DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

link lagu doa seorang kekasih.... by inteam..



glitter-graphics.com

JADUAL EXAM




BITTAUFIQ WANNAJAH YA SOHABATIL JAYIDAH...
SEMOGA BERJAYA MENJAWAB PEPERIKSAAN DGN BAIK..
GOOD LUCK!!!

Terima Kasih Kepada Aida Zoom sebab inform yang venue utk exam tersalah letak.. hehe.. Maaf ye... Jadual yang tertera tu jadual yang aku dah betulkan.. so, study Molek deh

Saturday, April 18, 2009

HILANG@DICULIK@MELARIKAN DIRI????

PENGUMUMAN...
KEPADA SESIAPA YANG TERSEREMPAK DENGAN GADIS DI BAWAH, YANG BERNAMA NOR DIYANA BINTI MAAROP, SILA HUBUNGI BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN..(RUJUK GAMBAR DI BAWAH) HAL INI KERANA, DIA TELAH DIPERCAYAI HILANG (TIDAK DIKETAHUI SEBABNYA) SEJAK PENGHUJUNG MAC YANG LALU.. ANDA JUGA BOLEH YM SAYA (mizu_ira@yahoo.com)..



GAMBAR NI DIAMBIL PADA TAHUN 2002.. MASE TU KAMI TINGKATAN DUA.. KAMI MERUPAKAN TEMAN SEKELAS.. DIA RAJIN MENGJAK TEMAN2 UNTUK BERTANDANG KE RUMAHNYA.. KAMI JUGA AGAK RAPAT DENGAN KELUARGANYA.. KINI, BELIAU MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ YAYASAN MELAKA DALAM BIDANG ELEKTRIK DAN SEDANG MENJALANKAN LATIHAN INDUSTRI..

KEPADA SESIAPA YANG TERJUMPA, SILA HUBUNGI PIHAK YANG BERKENAAN.. SEKIAN, TERIMA KASIH..

p/s: kes ni serius tau.. bukan main2.. kelmarin (jumaat 16.04) YB ADUN IJOK (MB Selangor) turun padang, bacakan yasin n tolong cari jalan penyelesaian untuk selesaikan kes ni.. sekian