Sunday, April 25, 2010

Lovely Day

salam..
hehe..

MS nak kongsi lagi kisah
drama korea ritu..
ni lagi video klip dlm drama tu,,
sgt best...

wanna love you..
wanna with you..
sarangheyo=)


Sayang, Janji dengan Abang ye...

salam
arini MS nk kongsi sebuah cite
kisah suami isteri
kisah ni sangat lah syahdu, sedih...
boleh meremang bulu roma..
selamat membaca...


Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang. Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang.

Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati. Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang penuh ceria.

"Assalamu'alaikum......", kedengaran suara memberi salam. Marni tersentak.

"Abang!Wa'alaikumussalam...", senyumnya melebar melihat Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Marni.

"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar bunyi pintu dibuka pun?"

"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Marni. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Marni.

"By air...", ringkas jawapan Hazif.

"Habis kereta abang?"

"Pada Salleh...", jawab Hazif.

"Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi mereka yang ke empat.

"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu....", tanya Marni. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.

"Nanti dia datang.......", ujar Hazif.

"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif.

" Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main basikal satu pagi."

"Basikal?", tanya Hazif.

"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..", jawab Marni sambil meletakkan milo ais kegemaran Hazif didepannya.

"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?"

"Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...", senyuman Marni melerek.

"Kari Kapitan?", teka Hazif.

" Apa lagi......"

"Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."

"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni.

"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucap dahi isterinya lagi. Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang penyayang.

Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi di saat ini mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?

Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.

Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Marni.

"Bang... kenapa ni...?"

Hazif mengangkat muka, memandang Marni.

"Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif, lembut.

"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Mar dah siapkan tu..."

"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif.

Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya Hazif berangai pelik seperti ini.

"Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi.

"Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif sambil menyeluk pokek seluarnya.

"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.

"Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati Hazif melihat keriangan di wajah Marni.

"Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.

"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai masa di Komtar? Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Mar. Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli..."

Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.

"Terimakasih bang....", Marni memeluk suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik Hazif ke telinga Marni.

"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula tergenang di anak matanya.

Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.

"Amran agaknya tu....", bisik Hazif.

"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun melepaskan pelukannya.

"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni.

"I love you...very very much.....", Hazif mengucup tangan Marni, penuh kasih.

"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya.

Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan rambut yang kusut masai.

"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik Marni.

Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melebuhkan punggungnya di sofa.

"Mar...can you please sit down..", pinta Amran. Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni agaknya?, detik hatinya.

"Please...I have something very important to tell you...", pinta Amran lagi.

Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya.

"Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar sabar dan bertawakal.
Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut Amran.

"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain di benak Marni.

"Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Mar...",
tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran.

Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran lakunkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas Marni.

"I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri.."

Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya.

"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia..."

"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor

Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya.Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Hazif pulang ke rumah?

"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah balik...", Marni mengejutkan Amran dari khayalannya.

"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal di pangkuan Am Mar..."

"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil dia....", Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran menceritakan yang bukan-bukan padanya?

Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Hazif mungkin ke sana . Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni terduduk di ruang makan. Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Amran sampaikan? Mimpikah dia?

Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian benar dia melihat Marni ber lari ke sana-sini mencari Hazif yang dikatakan sudah pulang. "Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Marni.

"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am cari tapi tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari mulur Amran.

Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.

"Ini ke Am?", tanyanya perlahan.

Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakap Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya.

Marni hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima kenyataan ini.

Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

******


Allah memegang jiwa seseorang ketika matinya dan memegang jiwa seseorang yang belum mati diwaktu tidurnya, maka Dia menahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai pada waktu yang ditentukan." (Q.S.

Friday, April 23, 2010

What Should I do

Salam..

arini MS nk kongsi lagu y MS rase sgt menyentuh perasaan..
memandangkan skg ni perasaan
dilanda badai..
layan la lagu sedih2..

dua2 vdeo ni lagu yang same..
tapi, satu pompuan y nyanyi..
satu lagi, laki y nyanyi...
wuuu..
kalau korg tgk citenye lagi la...
Tangkap Nanges... wuwuuw






tajuk cite : You are Beautiful - korean drama..

ni lirik lagu ni dlm english..

When I let you go one step further, my eyes overflow with tears
When you walk away one step further, more tears are falling
As you move away to a place where I can’t reach you, even if I reach out my hand
I can’t catch you, I can only cry

What should I do? What should I do? You’re leaving
What should I do? What should I do? You’re leaving me
I love you, I love you, I cry out to you
But you can’t hear me, because I am only shouting in my heart

All day long I try to forget you, but I think of you again
All day long I try to say goodbye, but I think of you
Although you went to a place where I can’t hold you, even if my hand reaches out for you
I can’t find you, I can only cry

What should I do? What should I do? I can only see you
What should I do? What should I do? I love you only
I am sorry, I am sorry, can you hear me?
Please come back to me, if it’s not you, I can’t go on

What should I do? What should I do? I only have you
What should I do? What should I do? You’re leaving
What should I do? What should I do? You’re leaving me alone
I love you, I love you, I cry out to you
But you can’t hear me because I am only shouting in my heart


ni plak, sape2 y faham bahasa korea, bleh la nyanyi same2... hehe

한걸음 만큼 그댈 보내면 눈물이나
한걸음 만큼 그대가 가면 더 눈물이 흘러 와
손을 뻗어도 손내밀어도 닿을수 없는 곳으로
그대 가는데 잡지 못하고 난 울고만 있죠

어떡하죠 어떡하죠 그대가 떠나가네요
어떡하죠 어떡하죠 날두고 떠나가네요
사랑해요 사랑해요 목놓아 불러보지만
그댄 듣지 못해요 가슴으로만 외치고 있으니

하루온종일 지워보지만 또 떠올라
하루온종일 이별하지만 또 다시 떠올라
손을 뻗어도 손내밀어도 안을수 없는 곳으로
그댄 갔지만 찾지 못하고 난 울고만 있죠

어떡하죠 어떡하죠 자꾸 그대만 보여요
어떡하죠 어떡하죠 난 그댈 사랑하는데
미안해요 미안해요 내말이 들리시나요
다시 돌아와줘요 그대 아니면 난 안되니까요

어떡하죠 어떡하죠 난 오직 그대뿐인데
어떡하죠 어떡하죠 그대가 떠나가네요
어떡하죠 어떡하죠 날두고 떠나가네요
사랑해요 사랑해요 목놓아 불러보지만
그댄 듣지 못해요 가슴으로만 외치고 있으니


Wednesday, April 21, 2010

Jika ku ditakdirkan pergi dulu....

salam..

tetibe je MS didatangi perasaan yang lain malam ni..
mmg kita digalakkan untuk mengingati mati..
tapi, bukan meminta untuk mati..

di dunia ini tiada yang abadi..
begitu juga manusia..
setiap yang hidup, pastikan mati..
akan kembali kepada pencipta..

semenjak dua menjak ni,
MS selalu terfikir tentang hal ni...
adakah ini merupakan satu petanda???
ajal maut di tangan Allah..
sebagai manusia, kite hanya perlu bersedia..

jika diri ini ditakdirkan pergi dulu..

- sebelum mak, abah & nendaku,
mak abah, jaga diri baik2...
jaga kesihatan...

- sebelum adik2 kesayanganku,
belajar rajin2..
buat yang terbaik utk hidup..
jaga mak abah untuk kakak ye...

- sebelum tunangku,
awak, jgn sedih2..
*maaf, jika saya tidak sempurna utk awk*
abadikan kenangan kita bersama..
nama anak awk nnt letak la name saye..
hehe..

- sebelum kawan2 ku,
korg sume mmg kwn yang terbaik!!
byk y MS blajar dr korg sume...
terutama buat geng2 cendawan &
kawan2 di UTM Skudai..



.:Jika diri ini ditakdirkan pergi dulu sebelummu:.
+ sinari kuburku dengan cahaya al-fatihah
+ wangikan jasadku dengan alunan ayat2 suci
+ kekalkan senyumku dengan senyumanmu..
kerna, setiap kali kau tersenyum,
insyaAllah, ku juga akan tersenyum..

akhir kata..
*salam kemaafan tulus dari hati*
*atas semua kesilapan*
*sama ada secara sengaja atau tidak*

11:22pm+21April2010

Kau Tetap di Hatiku

salam...
hehe..
arini MS berada dlm mood jiwang... hehe...
dah lame xberjiwang2 dlm blog...

jom layan lagu tetaplah di hatiku..
Bunga Citra Lestari ft Christian Bautista...





utk selamanya, kau tetap di hatiku
ngee....
hehe...
tetibe rase malu.. haha,,,
k la...

wassalam=)

Tuesday, April 20, 2010

pre-Editing

salam...
hehe,.. entry kalini MS nak kongsi gambar je..
gambar kelas 4SBW...
mungkin ini yang terakhir kite shoot pic same2 kan...
lepas ni mungkin mase akreditasi tu...
lepas tu???
hurm...

gambar-gambar ni masih dalam proses editing..
hehe...
hurm, ramaikan kawan2 sy..??? hehe
penuh satu tangge ni... hehe...
nantikan gambar lain slepas di edit.. hehe..
skg ni tgh menyibukkan diri utk edit tesis...
jumaat ni nak anta g printing & binding..
huhu...

paling awal bleh siap edit pun, 2/3 jam lepas anta print tesis..
hehe... maaf ye kawan2...
sbb lambat sikit...
korg pun mesti faham situasi skg ni kan??
hehe...

Sunday, April 18, 2010

Fahrin Ahmad perlu memilih

Salam...
Harini MS nak kongsi cite tentang assignment yang akan dibentangkan esok... tajuknye ialah....
Decision Centered View Approach..
atau dalam Bahasa Melayunya;
pendekatan kaedah membuat keputusan
ni la muka hadapan assignment tu...
heheh...
ni merupakan assignment yang paling akhir....
heheh...

dalam perancangan, terdapat 2 kaedah membuat keputusan, iaitu;
i- keputusan operational - keputusan yang menghasilkan komitmen yang pasti... contohnya, memberi kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan..
ii- keputusan merancang - komitmen tentatif... keputusan merancang tidak semestinya dilaksanakan dan diikuti sepenuhnya, ia hanyalah sebagai panduan untuk membuat perancangan....

teori ini mempunyai 4 prinsip utama;
1- Analisis Keputusan
2 - Fleksibiliti Pelan
3 - Keberkesanan Pelan
4 - Objektif Perancangan

pihak yang biasa terlibat dalam membuat keputusan perancangan ialah
1- Pihak Berkuasa Tempatan
2 - Pemaju

kesimpulannya, teori ini menerangkan tentang kaedah yang digunakan dalam membuat sesuatu keputusan perancangan...

Lihat gambar di bawah...

menunjukkan Fahrin Ahmad perlu memilih salah seorang daripada gadis2 di atas...
hehe..
jadi, kaedah2 yang digunakan dalam membuat keputusan oleh Fahrin Ahmad akan mengikuti teori 'Decision Centered View Approach'..
ehem, cume die lari konsep sikit la..
spatutnya, teori ni digunakan dalam bidang perancangan..
tp, klu boleh diaplikasikan
apa salahnye..
heheh=)

love peace no war..
=)

p/s: kalau anda jadi Fahrin Ahmad, siapakah yang akan anda pilih????????
hihihi

Saturday, April 17, 2010

maaf..... dah bertunang....

salam
harini MS nak kongsi satu alkisah
tentang seorg wanita yang telah bertunang..
mari sama-sama kita hayati kisah ini..
Kisah ini MS petik dr Blog Aina Mardiah di Scripters..
--------------------------------------------------------
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.


Thursday, April 15, 2010

Solat Subuh Malam Pertama

salam...
MS nk kongsi kisah pasangan pengantin
yang baru kawen..
dan pecah tembelangnye
di waktu subuh slps malam pertama..

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Lebih kurang macam dalam gambar ni la si mamat tu.. hehe

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab
"eh.. ia ke? tiga rakaat rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."


Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

sumber: emel
---------------------------------------
astaghfirullahal Azim..
ade lagi ke skg ni lelaki y xtau solat???
sedar2lah wahai kaum adam...
kamu tu pemimpin keluarga..
sesiapa yang xtahu solat, bawak2 la belajar ye...

sesungguhnya solat itu tiang agama..

sekian, wassalam=)

Kisah isteri yang mahukan belaian

salam
opss, tajuk mcm agak 18sx..
kisah ni mmg agak 18sx pun..
tapi, ade motif disebalik kisah ni..


Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.


Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."


Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi ...la ni"

Kisah Suami yang sayang Isteri =)

Salam
kisah ni MS dapat dr kawan MS melalui email..
sangat baik dan bagus kalau dapat suami mcm ni..
nk ape, semua dapat..
hehe..
jom bace kisah ni...

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie," "Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Kewujudan Sungai Di Dasar Laut... Subhanallah

salam
hai kwn2 smua..
harini MS nk kongsi satu cerita
yang mungkin korg dah tau..
dan mungkin jugak ade y belum tau

tentang
"Kewujudan Sungai Di Dasar Laut"

mula-mula MS tgk gambar ni dalam Facebook..
kwn MS tagged MS di salah satu gambar di bawah..

kawasan ni siap dipenuhi dengan ranting-ranting pokok dan daun-daun berguguran...
Subhanallah, ciptaan Allah ade lagi y MS xtau..

kelihatan seorang penyelam yang berjaya sampai di sungai dasar lautan ini..
MS sgt suka dgn ilmu-ilmu dan penemuan baru...
tapi, MS xtau berenang... huhu..
so, tengok gamba je la..
xbleh jadi, lepas ni kene blaja berenang plak..
target: nak g Sungai ni..

Menurut sumber, Sungai ini terletak di Cenote Angelita , Mexico .
Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

nampak betul2 macam sungai..
tapi ia terletak dlm laut..

Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Wednesday, April 14, 2010

Kongsi Tips

salam..

hye to all bloggers n my friends
arini MS nak kongsi satu petua
petua mencantikkan blog..
hehe..

blog nazrien

MS blaja tuka design layout dr blog mamat tu..
kalau kat fb, die ade fan club sndiri
matlamatnye, mari menjadi kacak di internet.. hehe
ohoohoiii, kacak kat tenet je ke en nazrien??
kat luar xyah jadi kacak ke???
ngeee=) 'love peace no war'...

meh same2 tgk vdeo ni..
cara nk design layout blog kamu2 smua..
hehe


"Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu login di http://draft.blogger.com/. Kepada mereka yang tidak menggunakan draft.blogger ini, ia sama seperti blogger biasa cuma bezanya ia mengandunyi fungsi yang masih dalam peringkat percubaan dan masih dibangunkan lagi." - copy paste je ayat mamat tu=)

"Pergi ke bahagian Layout dan anda akan lihat satu link baru yang terdapat di situ iaitu Template Designer. Dengan menggunakan fungsi itu anda boleh mengubah tema blogspot anda menjadi unik. Gunakan kreativiti anda untuk mengubah tema blogspot anda mengikut selera anda. Anda boleh memilih untuk menukar bilangan kolum blog anda serta menukar warna dan latar blog anda dengan mudah."- copy paste je ayat mamat tu=)

"Untuk lebih memahami cara penggunaan Template Desingner ini, sila cubanya sendiri. Jangan lupa anda perlu masuk ke draft.blogger.com dan bukannya dashboard blogger biasa. Setelah selesai mengubah tema mengikut kesesuain sila klik APPLY TO BLOG." - copy paste je ayat mamat tu=)


hehe...
Selamat Mencuba ye kawan-kawan..
- y ni, bukan copy, tapi ikhlas dr hati..





Monday, April 12, 2010

Ibu Bunga

salam

hye kwn2..
time kasih byk2 sbb sudi mmbaca
hasil penulisan MS..=)

tp, harini MS nak kongsi satu gambar
meh tgk..
=)

gambar ni MS amik mase tgh rehat
waktu latihan memandu
hari selasa minggu lepas...
hehe..

mase ni MS da selesai buat latihan
duduk la sorg2..
bwh pokok..
elayan perasaan...
hehe..
sambil bace novel..
hehe..

wpun sibuk dgn final year ni..
sempat lg nk berposing2... hehe

Sunday, April 11, 2010

Menghitung Detik Waktu

salam

(sedih mode)

tinggal beberapa hari je lg..
zaman sbg seorg pelajar ijazah
akan ditamatkan...

berakhirnya zaman pelajar,
maka, wujudlah perpisahan..
perpisahan itu biase...
setiap yang bertemu,
pasti akan berpisah...

ni pic 3 anak dara dok tepi tasik UTM.. hehe..
menyedut angin petang y baunye agak2 mcm longkang..
tp, bleh bertahan stengah jam kot dok mlepak kat sini=)
tetibe je ade mamat y join lepak kat tepi tu..
hee..

byk lg tugas yang perlu diselesaikan
sblm berakhirnya zaman pelajar ni...
bukan senang2 je tau..

esok n lusa (bersamaan isnin n selasa), ade final exam
tinggal 2 paper je lg
Method & Ethics...
chaiyoookk!!!!

mmg best rasenye
bile final semester ni...
buat adik2 junior, korg akan rase bile korg berada kat last year..
hehe..
xleh main2 dah..
hehe..

bukan exam je y membelenggu kepale skg ni....
tesis lagi.. Assgment lagi...
tesis tu mesti byk nk kene edit..
maklumla, bende baru kat Msia..
blum ade byk rujukan..
kne explore sndiri...
hehe..

ape2 je la..
yang penting, graduate!!!!!
yeay!!!...
xsabar rasenye...
ni pic mase habis sesi perdebatan...
tajuk: Tanah Runtuh

en rahim sgt suke perbahasan ni... tq en rahim... xoxo...
doakan en rahim cpt sembuh dan sihat2 slalu ye....
aminn..

kata2 en rahim masih terngiang2 sampai sekarang...
"umi, kamu ni dr parti mane???"
haha.. klaka je...
MS xminat menceburi bidang politik...
tggungjwb sgt besar...
huuuuu..


y tengah2 tu...
itula en rahim...
kenangan bersam kalian xkan dilupakan



Perbandingan Muslim dan Bukan Muslim

Dari Abi Musa al-As’ari r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w

“Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-Quran,
laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap.
Dan bandingan seorang yang beriman yang tidak membaca al-Quran
umpama buah tamar (kurma) tiada bau padanya dan rasanya manis,
dan bandingan orang munafiq yang membaca al-Quran
laksana pokok raihanah yang baunya harum, tetapi rasanya pahit dan
bandingan orang munafiq yang tidak membaca al-Quran
umpama pokok handzolah yang tiada bau dan rasanya pahit”
–Bukhari dan Muslim.

Wednesday, April 07, 2010

Rindu

saya rindu awak
............................

Monday, April 05, 2010

ujian mengajar erti sabar

assalamualaikum....
bulan ini merupakan bulan akhir...
penutup semester..
bagi tahun akhir aku di sini...
di alam, sbg seorg pelajar...
malam semalam aku menangis..
pg tu ade final exam..
aku xstudy ape pun..
malam ni pun aku menangis..
aku xtau knp aku menangis...
pelbagai dugaan yang terpaksa aku tempuh....
benarlah kata org...
hidup ni byk dugaannya..
lepas satu, satu masalah timbul...
kdgkala, wanita sukar memahami
perangai lelaki..
lelaki pula kdgkala mengambil remah perkara
y dianggap rumit bg wanita..
setiap wanita perlukan kasih sayang..
perlukan perhatian..
bukan selalu wanita perlukannya,
tp, jika ada kelapangan,
tunjukkanlah y dikau menyayangi wanita tersebut..
setiap ujian yang datang ...
pasti ada jalan penyelesaian...
kadangkala ujian itu
diberikan oleh Allah buat hambanya,
kerana Allah yakin hambanya dapat menempuh ujian itu...
ujian itu juga diberi kepada hambanya,
krn Allah merindui setiap bait rayuan hambanya...
ujian itu mengajar manusia
erti kesabaran...
igt pesan mak abah.....
"mak hantar kamu sekolah sejak umur 6 tahun lagi...
mak lihat kamu membesar...
kamu jenis yang kuat semangat....
suka pergi sekolah...
menangis kalau xdpt pergi sekolah...
jangan hanya disebabkan masalah yang menimpa,
kamu hancurkan harapan mak abah...
kamu dah tahun akhir ni, syg...
ingatlah, setiap masalah ada jalan penyelesaian..
mak abah tetap syg kamu"
"anakku,
sesungguhnya zikir itu penenang hati dikala
duka dan lara..."
Ya Allah...
tabahkanlah hati hambamu...
untuk meneruskan sisa perjuangan ini...
wassalam

Sunday, April 04, 2010

Kalau...

salam..
hye allz..
MS nk tanye..
dan MS benar2 memaksudkannya..
kalau kamu sakit,
ape y kamu akan buat?
kalau kamu merajuk,
ape y kamu akan buat?
kalau kamu rase sedih,
ape y kamu akan buat?
kalau kamu rase dah xdiperlukan,
ape y kamu akan lakukan?
kalau kamu rase nak lari,,
sejauh jauh yang boleh...
ke mane harus di tuju????
sbb, saya rasa nk lari
lari dr semua

Thursday, April 01, 2010

L E G A

Salam...
hye kawan2...
pernah rase lega tak???
hehe..
hari ni MS rase legaaaaaaaaaaaaa
yang teramat sgt.....
hehe..
xsangke
perasaan ini wujud bile satu2 tugas tu dah submit..
tugas y dikerjakan untuk satu semester...
fuhhhhhhhhhhh........
sgt2 lega..
hilang satu beban yang tertanggung...
tp, MS blum capai tahap PUAS lg ni..
sbb, exam akan tiba 2hari lg..
huhuhuhu...
doakan MS berjaya...
Wassalam=)