Wednesday, December 07, 2011

Ainul belajar meniarap dan berjalan


hee.. lamenye la x update  laman sesawang ni ha...
memang dah cukup sawang-sawang...
cuma labah-labah je yang xde...

harini umur ainul dah 4 bulan 2 minggu..
dia mula belajar meniarap...
asyik nak main je sepanjang masa..
kalau boleh, xnak tidur dah..
main, main dan main...







   
   
sempena adik beradik dan ibuku yang bercuti sekolah,
aku letak ainul kat rumah mak,
sementara aku bekerja..
sebelum ni, ainul duduk dengan nek pah (adik mak)..
tapi, seminggu ni, ainul duduk dengan nenek, atuk n mak cik pakcik nya..
pagi-pagi lagi ainul dah keluar rumah..
ibu pegang ainul...
ainul belajar jalan ye..
cepat-cepat jalan ye ainul...
hihi..

tips-tips orang tua zaman dulu,
kalau nak anak kita cepat jalan,
bagi dia pijak embun pagi atas rumput...
pastu, amik embun tu, sapu kat lutut dia...

InsyaAllah, berkesan..

Kene amalkan selalu la..=)
hihi..

----
banyak lagi ainul nak belajar sebenarnye,...
tengok gambar bawah ni..
ainul belajar men fesbuk...


ainul belajar drive kereta... hehe..
cepat-cepat amik lesen...
nanti ayah belikan kereta utk ainul ye...
heeee

Friday, October 28, 2011

keje keje keje.... bile nak kaye ni???

Assalamualaikum..

uhuhuhuhuhuhuh...
entry dimulakan dengan tangisan...
bila lah keje ni nak habis yek??
aku dah letih... 
mata berpinar..
kepala dah pening..





   
uhuhuhuhuhuhuhu
sambung balik nanges...

kalau dah nama kerja makan gaji, 
sampai bila pon xkan kaye..
percaya x???
aku dah buktikan dah..
mmg xkaya..


Tuesday, September 27, 2011

GIVEAWAY RADIUSITE

Assalamualaikum n hye semua..
harini saya nak join giveaway radiusite..
boleh dapat shawl 3 layer yang mcm ika pakai ni..
bestnyeeeee=)
haritu nak beli sebelum raya x dapat, sbb dah out of stock.. hihi..
jom la singgah blog radiusite... RADIUSITE
banyak shawl cantek2.. wink wink=)

.................................

syarat giveaway ni ialah perlu menceritakan kisah mak kita..
ok.. meh baca kisah mak saya..

mak saya merupakan orang yang paling banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya dan adik-adik dalam menempuh dunia yang penuh dengan pancaroba ini... mak dan abah telah membesarkan kami 8 orang adik beradik dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama.. alhamdulillah, sangat bersyukur apabila mendapat sebuah keluarga yang sangat bahagia.. kalau nak tahu, emak saya cantik tau.. macam Raja Ema.. suwiittt.. hehe.. waktu zaman remajanya dulu, ada pengarah filem nak ambik emak berlakon.. tapi, arwah atok tak benarkan.. hehe=)

emak.. sangat besar pengorbanannya,
membantu abah mencari rezeki,
untuk membesarkan kami lapan beradik..
untuk makluman, saya baru saja menimang cahaya mata yang pertama... bukan senang untuk menjaga bayi baru lahir.. macam-macam ragamnya.. bersalin hari tu pun agak susah jugak.. (ada dalam entry NIKMATNYA BERSALIN).. malam berjaga, siang berjaga.. ni baru sorang anak.. cuba bayangkan bagaimana mak membesarkan kami 8 orang... fuhhh... emak sungguh tabah..

banyak kali emak menitiskan air matanya..
ada air mata duka, ada juga air mata gembira..
pernah emak menitiskan air matanya melihat kenakalan anak-anaknya,
pernah juga emak menitiskan air mata tatkala melihat kejayaan anak-anaknya...

waktu birthday mak dan abah saya,
kami adik beradik akan berkumpul sekali untuk menyambut ulangtahun kelahiran mereka berdua..
sebab, tarikh lahir mak dan abah xberapa jauh.. hehe..
oklah, rasanya setakat ni je lah kisah emak yang dapat dikongsikan..
harap2, boleh la dapat giveaway dari ika radiusite tu... hehehe=)

Tuesday, September 06, 2011

Oreo Cheesecake


Assalamualaikum..

harini 06september2011 bersamaan 8syawal...
saya nak berkongsi resipi membuat kek oreo cheese...
atau nama scientific nya oreo cheesecake..
hehe..

Bahan2nya
  • esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200ml whipping krim 
  • 1 sudu besar lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya 

Cara-cara:-



  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. 
haa... ni lah hasilnyaa... nyummmmmmmy
sedap...=)
xsempat nk hias, dah habis.. hehe..
 
selamat mencubaaaaa=)


    Thursday, August 18, 2011

    Tips Nak Tahu Aweks tu Pandai Masak=)

    Assalamualaikum..=)
    Malam ni saya nak share tips macamane nak tahu sorang awek tu pandai masak ke tak.. hehe
    Saya buat entry ni sebab telah di request oleh Nasi Hangit..

    Sekarang ni semua wanita dah jadi cantik..
    make up, stylish, gorgeous, blink blink=) 

    satu kelebihan jika seorang wanita tu Pandai Memasak..
    sebab sekarang ni, bukan semua lelaki suka makan kat kedai..
    kalau makan sekali sekala kat kedai ok la kot..
    kalau hari2 makan kat kedai, mau botak kepala..
    hehe..

    ok, lets go to p\the topic!




       
    Macamane nak tahu sorang wanita tu pandai masak ke tak?
    1st : Selalu post kat facebook, twitter, blog dll yang dia masak lauk, baking cake, masak itu dan ini... (memang senang nak tahu dia pandai masak ke x.. cthnya: macam cik rai=)
    2nd : perempuan tu jenis yang suka tolong mak kat dapur.. sape2 pun yang suka tolong mak masak k at dapur, secara automatik akan pandai masak.. tapi, biasanya resepi2 masakan mak dia aje la.. kecuali kalau dia jenis yang suka explore.. boleh buat resepi sendiri.. dan dia juga tak janggal bila kat dapur.. boleh je nak ape pun.. cume sedap atau tak je..
    3rd : perempuan yang suka membelek resepi, tak pun suka explore blog masakan untuk cari resepi.. 

    bila tanya mak, "mak, macamane kita nak tahu perempuan tu pandai masak ke tak??"
    "tengok tangan dia.." kate mak..
    haa.. pandai2 la nak tengok tangan pompuan yek..
    tengok tangan je tau..
    hehe..

    sekian

    Wednesday, August 17, 2011

    Nikmatnya Bersalin

    Assalamualaikum..

    harini dah puasa yang ke 17 dah..
    ainul pun dah 28hari..=)
    barulah saya berpeluang untuk menceritakan pengalaman bersalin..

    perut mula sakit pada malam 19julai2011..
    darah pun dah mula keluar dari faraj..
    tapi xbanyak..
    bila bagi tahu suami tentang ni, suami terus ajak pergi check up..
    so, 20julai2011 pergi hospital sungai buloh untuk check..
    sampai di hospital sungai buloh, doktor cek pintu keluar baby baru terbuka 1cm..
    then, doktor tu bagi mc 2 hari n suruh balik dulu...
    katenye, bile dah terasa sangat sakit nanti baru datang balik..
    kemungkinan besar dalam dua hari lagi baru bersalin..
    so, aku pun balik la rumah..




       
    sampai je rumah dalam pukul 3.00ptg..
    baring la depan tv dengan family..sambil tu abah main PS..
    sambil baring2 tu, perut saya mula sakit...
    kontraksi baby dah bermula..
    hidung dah merah, mata pon dah berair..
    "jom lah pergi hospital tanjong karang pulak.. sakit hati je dengar doktor suruh balik.. dah sakit2 macam ni disuruhnye balik.. siap2.. lepas asar nanti pergi hospital tanjong karang" kate abah

    kami pun bersiap2..

    "pergi rumah embok dulu ye bah, nak suruh urut ape2 yang patut.. n nak mintak air selusuh"..
    abah, mak, nurul, saya dan suami bertolak ke rumah embok dulu sebelum pergi ke hospital tanjong karang..
    perjalanan dari rumah ke hospital tanjong karang mengambil masa lebih kurang 1jam..
    sampai di kuala selangor kami singgah solat maghrib..
    selepas solat maghrib tu, saya dapati darah makin banyak keluar..

    sampai di hospital tanjong karang lebih kurang dalam jam 8.30..
    macam biasa, daftar dulu then tukar baju hospital n amik air kencing utk diperiksa..
    bila doktor cek, jalan keluar baby dah terbukak 3cm..
    keadaan aku terus dipantau di hospital tanjong karang..
    jam 9.00pm pintu keluar dah terbukak 5cm..
    jam 4.00am, kontraksi sebenar bermula..
    sakit yang dtg setiap 8-10 minit..
    sakitnye bukan lah calang2...
    sangat sakit.. huhu..
    jam6.00am 21julai2011, doktor cek pintu keluar baby dah terbukak 10cm..
    doktor dan nurse bersusah payah membantu untuk aku keluarkan bayi ku..
    namun gagal..
    bayangkan dari jam 4.00am sehingga 6.00am..
    sudah berulang2 kali doktor dan nurse paksa aku untuk push n keluarkan bayi..
    hasilnya, aku terus sakit..
    dan lemah tanpa tenaga..

    doktor membuat keputusan untuk menghantar saya ke hospital sungai buloh..
    lebihkurang jam 7.00pagi saya dan suami dibawa ke hospital sungai buloh menaiki ambulans..
    merasa jugak naik ambulans..

    dalam ambulans tu..berlaku kontraksi yang sangat kuat dari bayi ku..
    tapi saya dilarang untuk meneran kerana dikhuatiri bayi akan lahir dalam ambulans..
    "puan, janagan meneran dalam ambulans ye.. tahan dulu.. kumpulkan tenaga,, istighfar banyak2... nanti dah sampai hospital, puan teran ye.." kata nurse yang follow dalam ambulans tu..
    saya hanya mengikut nasihat nurse tu..
    tapi, memang sakit yang teramat..
    bagai nyawa dihujung tanduk..

    perjalanan dari hospital tanjong karang ke hospital sungai buloh saya rasakan teramatlah jauh..
    bila pandang ke luar tingkap ambulans, hanya nampak pokok2 kelapa sawit dan langit yang membiru..
    tu je yang saya nampak... huhu

    sampai je di hospital sungai buloh lebih kurang jam 7.50am 21julai2011, saya terus di bawa masuk ke dalam labour room..
    doktor dan nurse mula berkumpul dan membuat apa yang patut..
    tepat 7.57am 21julai2011, kedengaran suara bayiku yang dah selamat aku keluarkan...
    hanya yang dapat kulihat doktor2 dan nurse tu melihat bayi ku dan melopongkan mulut mereka..
    "ooooo.. patutla susah nak keluar" kate nurse dan doktor tu..
    rupanya, leher bayiku tersangkut pada tali pusatnya..

    Alhamdulillah, bayiku selamat dikeluarkan..
    sangat NIKMAT rasenye bila dah selamat..

    doktor menunjukkan alat kelamin bayiku dan bertanyakan
    "anak puan ni boy ke girl??"
    "girl".. jawabku dengan lemah..
    then, bayi ku diletakkan di atas badan ku sementara mereka menguruskan, uri, tali pusat dan lain-lain..
    kecil saje bayi ku..

    2.99kg
    7.57pagi
    21julai2011

    Alhamdulillah..
    Aminn


    ni gambar bayi saya sewaktu umurnya 22hari..=)

    Thursday, August 04, 2011

    Dua Bulan Cuti Bersalin

    Assalamualaikum..

    Bagi Kakitangan swasta, cuti bersalin yang diberi hanyalah 2bulan sahaja (sehingga ogos 2011)..
    bile entah nak dapat 3 bulan..
    rasanya, memorandum untuk cuti bersalin kakitangan swasta tu dah dihantar sejak awal tahun 2010 lagi..
    memang tak nak bagi kakitangan swasta ni cuti lame2 kot..

    bukan ape.. 
    kesian si ibu dan si anak..
    terpaksa membahagikan masa, walaupun belum puas bersama
    lebih2 lagi bagi si ibu yang menyusukan anak..
    macamane lah rasenye kan..

    anak saya ni baru lahir 15 hari.. 
    tinggal 45 hari je cuti saya..
    rasa penat meneran baby masih terasa lagi..

    ni gambar Ainul waktu umurnya 7 hari..
    tomei2..




       
    smogaAinul membesar dengan baik..
    sempurna sifatny, sempurna aqalnya, sempurna imannya..
    semoga Ainul menjadi anak y baik dan solehah..
    Aminn

    Wednesday, August 03, 2011

    Duhai Puteriku Ainul Mardhiah Hafiszee..

    Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

    Sudah lama saya tidak meng'update' blog senyum simpul ni...
    Sibuk dengan urusan duniawi..
    Alhamdulillah,
    pada tanggal 21 Julai 2011,
    jam 7.57pagi,
    telah lahir dengan selamat seorang bayi yang sangat comel (ini kenyataan)... =)
    tak percaya???
    meh tengok video n gambar...

     tembamkan pipi dia..
    geram je tengok...
    mmg kene cubit je la dengan ayah n makcik2 nye... haha

    minggu pertama kehadiran Ainul Mardhiah memang sangat mencabar kesabarnku dan suami..
    mana tidaknya, siang tidur, malam berjaga..
    MasyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu..

    Tapi, alhamdulillah..
    minggu kedua ni Ainul Mardhiah dah mula menunjukkan tanda2 ceria,,
    dia dah dapat tangkap waktu tidur dan waktu berjaga yang normal..
    Syukur Alhamdulillah..

    Doakan Ainul Mardhiah dan keluarga sihat dan selamat...
    Aminn..

    Monday, March 14, 2011

    oh machang

    assalamualaikum..

    machang ialah sebuah jajahan yang terletak di kelantan..
    (aku rase, semua org tau.. tp, saje je nak bgtau..)

    skg ni aku tgh handle projek kawasan ni..
    projek ape??
    haa,,, biarlah rahsia..
    tp, ada berkaitan dengan pelan..

    aku ialah minah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pelan machang..
    kadang2, aku dah rase mcm aku ni hanya budak suruhan..
    hanya mengikut arahan.,.
    bukan daripada bos besar..
    tapi, org bwhan bos.. huhu..

    apakan daya...
    sudah kerja aku...

    mari kita jalankan tugas dengan seikhlas hati..
    hoyeah=)

    Thursday, March 03, 2011

    Awak... Saye Letih... Saye Penat..=(

    Assalamualaikum..

    Entry ni, saye tujukan khas buat awak... 

    awak, 
    masih ada lagi tak cinta di hati awak untuk saye??
    kenapa sangat susah untuk awak melafazkannya???
    walaupun, dari perlakuan awak 
    saye tau awak caring...
    tapi, adakah itu hanya atas landasan bahawa saye merupakan tanggungjawab awak,
    atau ape???

    saye masih keliru..
    ditambah lagi pabila saye terjumpe potret dan surat cinta lame awak dengan si dia...
    hancur luluh hati dan jantung saye..
    kenapa awak masih simpan kenangan lama??
    sedangkan awak tau ia bakal mengguris hati saye??

    saya hanya mampu tersenyum dan terus menjalankan tanggungjawab saye..
    saye selalu meletakkan diri saye dilandasan yang baik "husnu zon"..
    berfikiran positif..

    dikala awak tak menjawab panggilan saye,
    saye mesti berprasangke yang baik-baik je...
    mungkin awak tengah sibuk ke tidur ke..
    atau ape2 je lah..
    saye cube menangkis semua fikiran negatif tentang awak..
    dan saya akan hubungi awak lagi beberapa jam berikutnya..

    tapi, kenapa bila saye tak jawab panggilan awak, awak akan marah2 saye??
    sedangkan awak tau yang saye ada mesyuarat dari pagi hingga ke petang??
    dan, awak tau kan kalau saye mesyuarat utk projek macam ni, di mana posisi dan tugas saye??
    awak mesti faham kan??
    sebab saye dah banyak kali cerita tentang mesyuarat sebegini dengan awak..

    habis je mesyuarat, saye tengok handphone ada 13missed call dan 3 sms..
    semua dari awak...
    mase tu, saye rase bersalah sangat sebab xjenguk fon mase mesyuarat..
    tapi, bila lihat sms terakhir awk
    "Kalau xnak jawab, lain kali jgn jwb terus"...
    saye sedih..
    saye terus call awk..
    mintak maaf..
    tapi, awk xterima..

    wak, saye letih...
    saye penat...
    maafkan saye


    Tension!!!!!!

    Assalamualaikum..

    Seharian kita sibuk megejar harta dunia... mencari wang ringgit.. 
    tugas aku ni mengupdate dan baiki pelan-pelan rancangan tempatan..
    kadangkala terasa sangat tension..
    mane tak nye,
    cuba bayangkan... 

    janji meeting pukul 9..
    pegawai2 tu plak datang pukul 10 lebih..
    ada jugak yang datang pukul 11... 
    pastu, bile laptop aku tetibe hang,
    dorg perli2.. padahal hang sekejap je, sebab nak update mende alah tu...
    "macam ni, lambat la.. baru BP1 ni.. bile nak siap???"

    What The ***************!!!!!!
    huh, sabar je la~~~~

    pegawai2 ni memang suka mentensionkan aku..
    asyik panggil2 name aku..
    konon2 nak pastikan aku ok..
    padahal, memang aku x ok pon!..

    eeeeeeeeeeeee.........
    fffffffffffffffffffffffff...........
    gggggggggggggg...........


    harini memang tension!!!!!!!!!!!

    Wednesday, March 02, 2011

    Dah rasa gerak2 ke???~~~

    Assalamualaikum...

    Di petang yang damai... Setelah usai menunaikan solat maghrib, aku sendiri di meja kecil meniti laman asmara..
    sejak akhir-akhir ini, aku hanya bercinta dengan alam maya.. huhu... mana tak nye, beginilah nasib hidup berjauhan dengan suami... hehe.. bukan jauh pun, cuma aku kena outstation jauh sikit je.. masih dalam selangor... tapi, memang sangat penat travel sorang2 ni... (intro jiwang n sedih sikit, sebab terasa sangat rindu dengan pelukan suami).. huhu

    ok ok... back to the topic!!!! 
    semenjak berbadan dua ni, aku sering diterjah dengan persoalan-persoalan berkaitan dengan baby.. antaranya;
    1. dah buat buku merah??? (p/s: buku merah tu, buku rekod cek klinik kerajaan setiap bulan)..
    2. dah berapa kali cek??? 
    3. alahan teruk tak???
    dan, aku telah berjaya menjawab semua soalan dengan baik...
    kalau la ni termasuk dalam soalan SPM,
    confirm aku dapat semua A.. hehe..

    dan, soalan yang paling dorang nak tau,
    baby dah gerak2 dalam perut???
    erk~~~ camnelah aku nak tau baby tu gerak ke x??
    cuma yang aku tau, kadang-kadang
     terasa sangat sakit, perut tegang, sakit pinggang...
    kalau macam tu, maksudnya baby tengah bergerak kot.. hehe..

    macamane nak tau baby kite gerak2 dalam perut??? 
    ada sesape tau???
    usia kandungan baru 4bulan 25hari..

    sabar menunggu detik kelahiran=)

    Saturday, February 26, 2011

    Keracunan Makanan @ Pregnant??

    assalamualaikum semua...

    pada suatu ketika dahulu (intro nak skema)..
    encik hafiz ajak miss senyum gi jalan2..
    walaupun badan rasa kurang nak sihat,
    miss senyum pun ikut je la..
    nak temankan suami... hehe..
    kalau bukan kita, siape lagi kan..

    Sebelum keluar jalan2 tu,
    ktorg dah makan kat rumah..
    miss senyum ada la masak sikit..

    Nak dipendekkan cerita.. 
    sepanjang perjalanan nak jalan2 tu,
    setiap 500meter, kalau ada stesyen minyak,
    mesti miss senyum mintak encik hafiz untuk berhenti sekejap..
    untuk apa????
    jeng jeng jeng...
    ~M U N T A H~

    Xtau la kenapa sejak 2 / 3 hari asyik muntah2 je kan..
    muntah yang sangat teruk..
    xboleh makan nasi... huhu..
    makin kurus la miss senyum.. haha

    then, mase balik dari jalan2 tu, 
    miss senyum masih lagi muntah2...
    kesian encik hafiz sebab asyik kena berhenti je..
    then, dia buat keputusan untuk bawa miss senyum gi jumpa doktor..

    masa tgh tggu turn jumpa doktor tu pun, 
    2 / 3 kali jugak la muntah-muntah..
    huhu.. badan pun dah seram sejuk..
    encik hafiz tanya,
    "tadi kat ofis makan apa??"
    takut keracunan makanan

    after check up,
    test urine ape sume,
    then doktor tu tanye..
    "umur brape??? dah kawen ke??"
    miss senyum dengan selamber jawab
    "baru 24tahun.. tapi dah kawen, ni suami saye doktor"
    sambil tunjuk ke arah encik hafiz..

    "ok, tahniah... awak mengandung.."
    miss senyum n suami hanya mampu tersenyum gembira...
    tapi dalam hati rasa nak melompat..
    namun, ku panjatkan rasa bersyukur ke hadrat illahi atas rezkinya..

    aminnn

    Janji Puas



    Aku menulis hanya untuk memenuhi waktu lapangku..
    Apa yang terlintas difikiranku kadangkala
    tidak dapat diluahkan..
    So, sebab itulah aku menulis...

    Untuk kepuasan diri sendiri..

    sekian=)

    Wednesday, February 23, 2011

    Awak Kekasih Cerah..

    assalamualaikum..=)

    kekasih cerah??
    selalunya cuma dengar pasal kekasih gelap je..
    lagu kumpulan ungu...
    kekasih gelap...
    kalau nyanyi lagu kekaish gelap ni untuk girlfriend or boyfriend korang abisla..
    gelap.. haha..

    lebih baik,cerahkan hubungan percintaan korang..
    make sure, bila dah suka sama suka,
    hantar rombongan meminang..
    biar semua orang tahu yang si dia itu milik kamu=)

    adios =)

    Saturday, February 19, 2011

    Naluri Isteri

    Ya Allah..
     Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

    Tabahkan hatiku,
    Kuatkan semangatku
    untuk terus menikmati dunia..

    Kadangkala,
    hati merintih sendiri..
    Namun,
    bibir tersenyum cuba memadamkan
    rasa gundah...

    Seorang isteri mempunyai naluri yang kuat
    tentang dunia si suami..
    Walau bagaimana kuat si suami menyimpan rahsia..
    Walau bagaimana kukuh si suami mencipta benteng..
    Namun, naluri isteri lebih kuat dan cepat
    untuk mengetahui segala sesuatu..

    Wahai para suami..
    Sayangilah dan Cintailah isteri mu..
    Agar si isteri lebih menyayangi 
    diri dan keluargamu..

    Nukilan:,
    Umi Zuhirah Ramlan
    10:09am..
    19Feb2011

    Friday, February 18, 2011

    Minum Air Gula.. eiiyerk..

    Assalamualaikum..

    Korang sume pernah minum air gula x???
    sedangkan air sirap yang terlebih gula sikit pun, miss senyum dah merungut2 mintak ditambah air masak,,,,
    apatah lagi, air masak yang dicampur dengan 2sudu glukosa...
    uwaaaa!!!!!!!!!!!!!!

    korang penah rase x????

    Thursday, February 17, 2011

    Budak Comel....

    Assalamualaikum...

    nak tahu sape budak comel???
    haaa...
    miss senyum la..
    miss senyum kan comel..
    miahahhaa... (geli je puji diri sendiri comel)..
    ni haa... budak ni baru nak masuk 2 tahun..
    comellllllllllllll sangat2....
    gerammmmm sangat..
    petah bercakap..
    mesra dengan semua orang..
    best layan dia...

    SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

    assalamualaikum.. 
    memandangkan follower miss senyum cuma 63 orang,
    malam ni miss senyum nak join segment 
    abg Ben Ashaari..

    setiap kali abg Ben buat segment ni, 
    mesti ramai yang join..
    so, malam ni, 
    miss senyum dah join..
    sesape nak join,
    meh klik gambar abg ben kat bawah ni..
    haha..

    Wednesday, February 16, 2011

    Puisi Pencarian

    Sedang miss senyum mengemas2 rumah...
    mencari kotak yang xpakai..
    miss senyum terjumpa sebuah diari...
    diari suami miss senyum..
    erm...
    tanpa segan silu, miss senyum pun selak2 la diari tu...
    tak sangka, sungguh puitis suamiku ni...
    hehe...

    nak tengok tak hasil karya suami miss senyum???
    meh bace..

    Tuesday, February 15, 2011

    Nak tengok kucing menggatal???

    Bukan manusia je ada perasaan gatal...
    Kucing pun ada perasaan jugak tau...
    ermmm...
    -----------------------------------

    Monday, February 14, 2011

    Ofis ialah tempat untuk bekerja... Bukan untuk Tidur!!!

    Hooyeah...
    Kerja kerja kerja..
    Hari-hari pun manusia bekerja..
    Bekerja untuk mencari sesuap nasi, dua suap nasi, tiga suap nasi... dan seterusnya..

    Tapi, apa yang kebanyakan staff buat sewaktu masa kerja????
    "eh, ktorg buat kerja la.." 
    hurm... staff yang terbaik ialah staff yang boleh fokus kepada tugas nya..
    Jika tugasannya sudah selesai, barulah boleh menjengah ke fb ke blog ke...

    Masuk kerja pukul 8.00 pagi..

    Wednesday, February 09, 2011

    Free Backlink @ Budak Nakal Blogspot

    Free Backlink @ Budak Nakal Blogspot: "
    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site


    Hai all..hari ini koz ada berita baik untuk korang...Bagi sesiapa yang blognya memiliki trafik yang rendah korang harus mendengar apa yang koz ingin sampaikan.Dalam beberapa minggu ini,trafik blog budak nakal ini mengalami peningkatan trafik yang mendadak,boleh di kata 3X tinggi dari biasa...Jadi hari ini koz dengan rendah dirinya ingin berkongsi dengan korang cara untuk mendapatkan trafik melalui backlink.

    Tips Memilih Pengapit... =)

    Assalamualaikum..
    Hai Kawan2 blogger smua.. 
    Sihat ke??

    Kepada semua bakal-bakal pengantin...
    Harini miss senyum nak kongsikan sikit tips-tips memilih pengapit.. ehem ehem..
    ni semua mengikut pengalaman miss senyum sendiri...
    kalau ada apa-apa kekurangan, boleh la tolong tambahkan ye...
    hehe..

    ok, lets go to the topic!=)
    1. pilih kawan-kawan atau saudara terdekat... jangan main sapu je sesiapa.. kalau boleh, sahabat baik kita la kan... dia yang selalu bersama kita suka dan duka.. kalau sahabat baik xdapat nak bantu, kawan-kawan biasa pun ok, yang penting, kita kenal si pengapit supaya die mesra dengan kita.. xkisah walau apa pun tugas y diberi oleh pengantin.. hehe=)

    Thursday, January 27, 2011

    Walaupun aku dah kawen, aku terasa nak.........................

    Assalamualaikum semua=)
    Walaupun MS dah kawen, MS terasa macam nak kawen lagi sekali la...
    sebab seronok sgt bile tengok video orang kawen ni..
    dulu, mase MS kawen, xsempat nak upah sape2 utk rekod video..
    kalau ada pun tym nikah je..
    huhu..

    Tuesday, January 25, 2011

    Contest Cintai Alam Sekitar

    Assalamualaikum wbt...

    Kita perlu sedar bahawa, alam sekitar itu merupakan satu aset yang sangat berharga. Kita perlu menjaga alam sekitar yang sangat indah ini daripada terus diancam pencemaran. Antara langkah yang boleh diambil dalam mencegah pencemaran alam sekitar, ialah;

    meh, miss senyum nak elaborate sikit;

    1. Bawak Beg ‘Spare’ Dari Rumah Ketika Beli Barang.  Jadi, bila beli barang, boleh la isi dalam beg yang kite bawak… xperlu gunakan beg plastik.. sbb, beg plastik ni salah satu yang boleh menyebabkan pencemaran..

    2. Jangan la hisap rokok dalam kereta. Walaupun dalam kereta die xde penumpang.. Ada pemandu yang xsuka gunekan air cond kereta.. mungkin sebab nak hirup udara segar kat luar.. tiba2 je bau rokok.. eiyieewww, rase nak termuntah..sila fikirkan orang lain.. Asap rokok mencemarkan udara dan merbahaya.

    3. Riadah Alam Sekitar… ia boleh dimulakan dari peringkkat rumah. Ketua keluarga perlu mendidik ahli keluarga untuk menjaga kebersihan alam sekitar… konsep riadah ni lebih kurang gotong royong.. disamping persekitaran rumah yang bersih, badan pun sihat sbb keluarkan peluh untuk membersihkan halaman.

    4. Kempen Sayangi Alam Sekitar.. seperti yang di buat oleh saudara Ammar kita.. dengan cara ni, pembaca2 yang menggeledah blog boleh mendisiplinkan diri mereka serta menyayangi alam sekitar yang anda.

    Langkah mencegah pencemaran alam sekitar ini bukan hanya dipertanggungkawabkan kepada sesetngah pihak sahaja. Namun, ia merupakan tanggungjawab yang wajib dipikul oleh semua masyarakat.

    ..........................jom tengok gambar miss senyum & alam sekitar..................................

    .....ni gambar miss senyum dan kawan2 menikmati alam sekitar di Malaysia.....
    membaca novel di bawah pokok memang syok=)

     
     bermain di tepi sawah padi depan rumah nenek=)

     bekerja sambil menikmati alam sekitar yang bersih=)

     dipuncak Broga Hill yang sangat nyaman udaranya=)


    menjalankan aktiviti 'ekologi kampus' semasa belajar di UTM=)
      belajar mendayung sampan sambil beriadah di waktu petang bersama rakan-rakan=)

    ...........
    .....ni gambar miss senyum dan kawan2 menikmati alam sekitar di Korea.....
    bunga yang sangat cantik.... so, jagalah pokok2 bunga di sekitar anda...=)

     bangunan lama yang dijaga dengan rapi menningkatkan kualiti alam sekitar... ditambah dengan bunga-bungaan yang sangat chantek=)


     merenung jauh... sungguh indah ciptaan tuhan=)


    nyamannyeeeee udara di sini tanpa pencemaran...

    Sungai ni dulu kotor macam sungai Klang... tapi, setelah di rawat dan di jaga dengan rapi, ia menjadi kwsn rekreasi kepada penduduk Korea... mmg best lepak2 kat sini... sungai die jernih sangat=)

     ni baru 2 negara... ada banyak lg tempat2 yang menarik...
    jika tempat itu dijaga dengan baik, tanpa pencemaran sampah, bunyi, udara dan bau....
    ia akan menjadi satu tarikan kepada semua masyarakat..
    so, jagalah alam sekitar anda=)
    ...........................................................................

    eh, jap.. klu nk join contest,
    sila lihat blog penganjur...
    saudara ammar

    sekian...

    Thursday, January 20, 2011

    BRA

    Q: Which is the striped BRA?
    zeBRA

    Q: Poisonous BRA?
    coBRA

    Q: Mathematical BRA?
    algeBRA

    Q: Sunsign BRA?
    liBRA

    Q: Magical BRA?
    aaBRA ka daBRA

    Q: Religious BRA
    BRA hmin!

    Q: Metallic bra
    BRAss

    Q: Anjelina jolly' Bra
    BRAd pit..

    Q: Botany BRA
    BRAnch

    Q: Marketing BRA
    BRAnd!

    Q: AMERICAN PRESIDENTIAL BRA
    BRAaak Obama

    Q: puctuation k liye bra
    BRAcket

    Q: Scary bra....
    GhaBRAahat!!!!

    Q: Cricketers ka bra
    BRAdd hogg

    Q: How does d donkey cry...
    BRAAAAA!!
    Braaaaa!!
    Braaaaaaaaaa!!!


    Q: a room where BRA's are kept..
    LiBRAry

    Q: Bra which became the american president and inspired the whole world,
    aBRAham Lincoln!

    Q: The BRA which holds the record for most no of T20 runs in an innings?
    BRAndon McCullum.

    Q: which bra is very important for any vehicle
    BRAke


    Q: Synonym with Football?
    BRAzil