Monday, January 23, 2012

Aksi Baby Kembar Tiru Gaya Ayahnya Bersin

Assalamualaikum..

Hye hye hye..
Happy Chinese New Year untuk kawan-kawan yang beragama Tionghua.. hehe..
Syoknyeee cuti... 4 hari tuu..=)
tapi, cuti kering la..sebab tak de bonus & tak de gaji..
huhuhuhu.. (nanges kejap)

meh tengok video kat bawah ni..
comel sangat..
hihihi..



Sumber: Yahoo.com

haaaa....
cute kan??? 
boleh pulak si kembar ni tiru gaya ayah dorg bersin..
hahaha.. lawak=)

ok lah, sekian gelak ketawa
wink wink


Saturday, January 21, 2012

MELAWAT KE AQUARIA KLCC

Assalamualaikum & hye semua..

Pernah pergi Aquaria KLCC tak?? 
tahniah kepada mereka yang dah pergi... & kepada mereka yang belum pergi, kalau ada masa terluang tak tahu nak kemana, jalan-jalan la ke Aquaria KLCC...=)
hujung minggu lepas, saya menghabiskan masa bersama suami dan anak tersayang...
idea ni terpacul dari mulut suamiku..
saya sangat suka berjalan oke... kalau nak tahu, masuk kali ni, dah 3 kali saya bertandang ke Aquaria KLCC.. hehe=)
Walaupun tak banyak perubahan, tapi, saya suka tengok ikan=) ngee

Bayaran: RM35 (Dewasa), RM 25 (Kanak-kanak) - dengan mykad
Tapi, dengar cerita ada promotions sempena CNY ni..


Family Package Promotion @ RM 108 Only
2 Adults + 2 Children (np: RM 120)
From 23 January till 7 Febuary 2012
oke lah.. tetibe rase penat pulak membebel=)
jom layan gambar-gambar & video kat bawah ni...
gelagat ainul dan ayah di Aquaria KLCC
sedap kan tajuknyeee... hihihi

Ayah: Ni ikan....
Ainul: ...................

Ayah: Ainul, tengok ni ikan berenang=)
Ainul: ...................

Ainul: ...................


Ayah: Ngap ngap ngap
Ainul: ...................

Ayah: Cantik kan ikan-ikan ni
Ainul: ...................

Tetibe jaws lalu... besar giler...
(saje je buat gambar ni actual size.. lebih dari layout blog.. untuk memberi kesan kepada para pembaca)

ikan pari berlegar-legar di atas=)


 Cantek kan??




oke, sekian..
wassalam=)

Pulau Indah, Klang

Assalamualaikum (gaya prof izi hj ali @ hot fm)..

Malam yang indah lagi permai ni..
Saya nak kongsi kan pengalaman pergi site visit siang tadi..
hehe

Site visit bermaksud...
lawatan tapak untuk mengenalpasti keadaan sedia ada tapak tersebut.. biasanya, perancang bandar ada menyediakan satu list yang dipanggil 'list guna tanah'.. 
perancang bandar @ nama glemer nye town planner akan membawa salinan pelan tapak untuk menconteng-conteng pelan tersebut.. Selain itu, GPS juga merupakan satu alat yang sangat diperlukan dalam menjalankan site visit ni =)
hehe..
lets go to the main topic!!=)

Antara kawasan yang kami pergi siang tadi ialah Laguna Park, West Port, Kg Kembung dan sekitar... hehe.. lokasi sebenar dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu... hehe

ok, saya sangat tertarik dengan kawasan laguna park, pulau indah ni=)
kawasan dia sangat cantik, cuma kurang well-maintenance je..
kalau tingkatkan lagi maintenance kawasan ni & tambahkan lagi promosi, saya sangat yakin, tempat ni akan lebih cantik dan akan lebih ramai pengunjung... 
Percayalah (jerit ala-ala Siti.. err, siti sape?? itu yang kita tak tahu.. hihi)

antara gambar yang sempat saya amik menggunakan hand-phone camera Samsung 5 saya.. huuuuu
 waktu pagi, air surut, kalau waktu malam, pokok2 bakau yang baris depan tu semua tenggelam

 Pokok bakau jugak ni

 Ini merupakan kawasan memancing... sangat best kot kalau memancing kat sini waktu air pasang... relax je kan... sambil menikmati pemandangan yang sangat indah=)

 Actually, nak shoot gambar tapak kaki kat area lumpur tu.. tapi, tak nampak sangat la.. huuu... korang ade nampak tak??? kalau nak tahu, kat sini banyak giler anak ketam & belacak =)

& the last pic yang aku amik kat Pulau Indah ni... haha.. my office mate... Mardiana Mohd Salleh =) komen dia tentang gambar yang aku shoot ni..
"umi, kenapa tangan aku macam gaya ultraman??".. so, aku jawab,
"ko kan nak selamatkan ketam-ketam ni"...

haha...
sebab aku tak shoot banyak gambar ialah aku hanya driver... tapi, bukan sebarang driver, aku bawak Hilux... besar kot.. masuk jalan tanah merah bagai... hehe...
....................................

For the last, sangat berharap dapat la projek ni.. boleh la pergi port klang selalu..=)
Sekian, wassalam

Friday, January 13, 2012

Kawasan Perumahan Yang Mana Satu Korang Nak Duduk??

Assalamualaikum..

Hye semua... harini saya nak cerita tentang planning sikit..
Kalau anda semua diberi pilihan untuk memilih kawasan tempat tinggal, keadaan yang macamana korang nak??
Kat bawah ni  saya ada attachkan gambar-gambar yang di copy dari Mail Online

BUDAPEST: Where the Hungarian capital's increasingly green suburbs meet the countryside

MENORCA: Holiday villas line Urbanitzacio Caparrot on the Mediterranean island

MENORCA, SPAIN: These more traditional villas occupy the Es Migjorn Gran area of the island

BATH, SOMERSET: A circular row of grand houses in St James's Park look on a giant tree

NORWAY: Snow-covered houses in the midst of winter look eerily peaceful from above

HONG KONG: Uniform rows of houses feature in this image of Fairview Park Road North in Yuen Long

LAS VEGAS, NEVADA: The sprawling identikit suburbs of one of the fastest growing cities in the U.S.

MENORCA: Villas line up, each with a glistening swimming pool, in Cala en Porter on the Spanish island

HONG KONG: Away from the skyscrapers, a metal shack provides a roof over the heads of some of the island's poorer citizens

WILTSHIRE: A recently completed housing estate in the south-west looks somewhat like a town made out of Lego

BUDAPEST: A parked car sits in the middle of an apartment building in the Hungarian capital
WORCESTERSHIRE: An historic Middle Hill House above Broadway contains an overgrown inner-garden

HONG KONG: High-rise apartment blocks lie side-by-side in the densely populated city

MEDELLIN, COLOMBIA: A shanty town made up of rocky winding roads and metal rooftops

LONDON: An aerial view of houses in a north-eastern suburb of the city. Photographer Jason Hawkes, from Oxfordshire, travelled above four continents by helicopter in a 12-year project to record how housing developments have produced abstract patterns on the landscape

 SITTINGBOURNE, KENT: A circular housing development with symmetrical triangular gardens caught Mr Hawkes' eye

MOROCCO: A farmhouse with a pen full of sheep lies alone in the middle of the desert

Semua Gambar-gambar ni merupakan contoh luar negara.. tapi, mane-mane contoh yang baik, boleh la diaplikasikan di Malaysia.. sebab tu nak mintak pendapat sahabat-sahabat sekalian.. 

Friday, January 06, 2012

RFZPPN





    
Assalamualaikum..

Hye kawan-kawan & sahabat alam maya.. hehe..
Pernah dengar tak singkatan RFZPPN??
Mesti tak pernah dengar lagi kan??
Sebab, acronym ni hanya berlegar-legar di kepala Town Planner dan mereka yang terlibat dengan pengurusan sumber air di Malaysia ni je.. =)

Ok lah..
Apa itu RFZPPN??
RFZPPN ialah Rancangan Fizikal Zon Penggunaan Pantai Negara.
Haa, agak berat kan??
Tapi, mesti korang faham kan bila tengok tajuk dia??
 RFZPPN ni standard dia lebih kurang Rancangan Fizikal Negara (RFN).. 
Kawasan kajian = meliputi 5kilometer ke darat dan 3 Batu nautika ke arah Laut di seluruh semenanjung malaysia..


bawah RFZPPN pula, ada ICUZP iaitu Integrated Coastal Zonning Plan, atau bahasa melayu nya disebut sebagai Pelan Pengurusan Zon Guna Pantai..

Di Selangor, terdapat 5 daerah yang terletak berhampiran dengan pantai.. iaitu;
1. Sepang
2. Kuala Langat
3. Klang
4. Kuala Selangor
5. Sabak Bernam
Setakat ini, Pelan Pengurusan Zon Guna Pantai yang telah disiapkan iailah, Daerah Kuala Langat dan Klang.. Manakala Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam masih dalam proses penyediaan, bengkel, pembaikan laporan dan sebagainya..
Juga terdapat cadangan daripada pihak PBT untuk meningkatkan lagi 'darjat' laporan ini supaya tidak dapat tidak mesti digunapakai oleh pihak pemaju yang ingin membangunkan kawasan yang terlibat.. (5km darat dan 3Batu Nautika Laut)

Nak tengok hasilnya?? tunggu laporan ni siap sepenuhnya ok.. saya akan share dengan semua pembaca yang berminat =)

Sekian, Wassalam

Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Harini, keluar satu artikel yang lebih kurang boleh dikategorikan sebagai fitnah kepada Ustaz Azhar Idrus ni.. Tajuk dia,  Ustaz Azhar-apa buat dalam tandas wanita di Masjid Jambu Bongkok?




   
 Copy Paste dari Blog Beliau
"Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?



Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?




Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?




Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?




Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?




Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?




Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya."
korang boleh la klik link unuk ke blog si penulis.. kalau tak nak pon xpe, saya ada print screen tulisan blog dia.. klik gambar untuk melihat lebih jelas...
Semua pihak yang menentang kerajaan Malaysia, akan ditimbulkan dengan satu cerita dan kisah seks.. hurm.. tak habis-habis..

Meh tengok video ni.. nak tahu sangat kan biodata Ustaz Azhar Idrus... haa, dengar ni elok-elok

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Sumber: UstazAzhar.Net

Fikir-fikirkanlah... anda semua dikurniakan akal yang sangat baik untuk berfikir..
Sekian, wassalam..

Sunday, January 01, 2012

Kad pengenalan ( Mykad ) pada 2012





   

Assalamualaikum... 


Harini aku nak share dengan korang semua tentang mykad baru... hehe... ada dua gambar tu.. satu warna, satu hitam putih... mengapakah??? hurmmm... 


image
KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari – Hmetro

Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini. 
Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.
“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam.
 



   
Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.

Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan.

“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya.

Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

Sumber : Bharian.

Selamat Tahun Baru!!!


Assalamualaikum...

Harini bermulalah tahun baru yang diimpi-impikan oleh kebanyakan teman-teman dengan keazaman yang baru dan sangat bersemangat!!! Selamat Datang Tahun 2012!!.. Apa azam kalian??? hehe..

Malam td jugak, Ainul sambut tahun baru dengan tangisan.. huhuhuhu.. 
Mata pejam.. tidur tapi diselangselikan dengan tangisan yang sangat menyedihkan.. 
Last-last, ibunya yang tak boleh tidur.. huwaaarggh..
Kejap-kejap nangis.. 
Biasalah manusia ni ada tahap kesabaran masing-masing...
yang akhirnya, aku kalah dengan tangisan ainul..
biarkan dia menangis setelah puas memujuk..




   
Mak Uda ainul yang penuh kasih sayang, pujuk ainul sampai diam dan terlena dalam pelukan mak udanya sampai pagi.. hihihi.. terima kasih mak uda... wink wink

Dapat berita daripada jiran sebelah rumah, rupanya ada orang meninggal malam tadi.. jiran tetangga jugak..  Innalillahiwainnailaihiraaajiuunn... Al-Fatihah..

"Patutlah Ainul menangis malam tadi, rupanya ada orang meninggal".. kata mak.
Baby ni dapat nampak kalau ada orang meninggal.. 
Subhanallah..
Mari baca hadis di bawah yang menyebut tentang diharuskan menangis untuk orang yang meninggal dunia..


"Daripada ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud r.a, kemudian Rasulullah s.a.w. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya." Sumber SINI

Ainul, jangan nangis-nangis lagi ye,,, 
jadi budak baik tau..
Ni gambar Ainul semalam.. masa temankan mak uda dan mak lang pegi belajar motor nak amik lesen.. heheh