Monday, January 23, 2012

Aksi Baby Kembar Tiru Gaya Ayahnya Bersin

Assalamualaikum..

Hye hye hye..
Happy Chinese New Year untuk kawan-kawan yang beragama Tionghua.. hehe..
Syoknyeee cuti... 4 hari tuu..=)
tapi, cuti kering la..sebab tak de bonus & tak de gaji..
huhuhuhu.. (nanges kejap)

meh tengok video kat bawah ni..
comel sangat..
hihihi..



Sumber: Yahoo.com

haaaa....
cute kan??? 
boleh pulak si kembar ni tiru gaya ayah dorg bersin..
hahaha.. lawak=)

ok lah, sekian gelak ketawa
wink wink


Saturday, January 21, 2012

MELAWAT KE AQUARIA KLCC

Assalamualaikum & hye semua..

Pernah pergi Aquaria KLCC tak?? 
tahniah kepada mereka yang dah pergi... & kepada mereka yang belum pergi, kalau ada masa terluang tak tahu nak kemana, jalan-jalan la ke Aquaria KLCC...=)
hujung minggu lepas, saya menghabiskan masa bersama suami dan anak tersayang...
idea ni terpacul dari mulut suamiku..
saya sangat suka berjalan oke... kalau nak tahu, masuk kali ni, dah 3 kali saya bertandang ke Aquaria KLCC.. hehe=)
Walaupun tak banyak perubahan, tapi, saya suka tengok ikan=) ngee

Bayaran: RM35 (Dewasa), RM 25 (Kanak-kanak) - dengan mykad
Tapi, dengar cerita ada promotions sempena CNY ni..


Family Package Promotion @ RM 108 Only
2 Adults + 2 Children (np: RM 120)
From 23 January till 7 Febuary 2012
oke lah.. tetibe rase penat pulak membebel=)
jom layan gambar-gambar & video kat bawah ni...
gelagat ainul dan ayah di Aquaria KLCC
sedap kan tajuknyeee... hihihi

Ayah: Ni ikan....
Ainul: ...................

Ayah: Ainul, tengok ni ikan berenang=)
Ainul: ...................

Ainul: ...................


Ayah: Ngap ngap ngap
Ainul: ...................

Ayah: Cantik kan ikan-ikan ni
Ainul: ...................

Tetibe jaws lalu... besar giler...
(saje je buat gambar ni actual size.. lebih dari layout blog.. untuk memberi kesan kepada para pembaca)

ikan pari berlegar-legar di atas=)


 Cantek kan??




oke, sekian..
wassalam=)

Pulau Indah, Klang

Assalamualaikum (gaya prof izi hj ali @ hot fm)..

Malam yang indah lagi permai ni..
Saya nak kongsi kan pengalaman pergi site visit siang tadi..
hehe

Site visit bermaksud...
lawatan tapak untuk mengenalpasti keadaan sedia ada tapak tersebut.. biasanya, perancang bandar ada menyediakan satu list yang dipanggil 'list guna tanah'.. 
perancang bandar @ nama glemer nye town planner akan membawa salinan pelan tapak untuk menconteng-conteng pelan tersebut.. Selain itu, GPS juga merupakan satu alat yang sangat diperlukan dalam menjalankan site visit ni =)
hehe..
lets go to the main topic!!=)

Antara kawasan yang kami pergi siang tadi ialah Laguna Park, West Port, Kg Kembung dan sekitar... hehe.. lokasi sebenar dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu... hehe

ok, saya sangat tertarik dengan kawasan laguna park, pulau indah ni=)
kawasan dia sangat cantik, cuma kurang well-maintenance je..
kalau tingkatkan lagi maintenance kawasan ni & tambahkan lagi promosi, saya sangat yakin, tempat ni akan lebih cantik dan akan lebih ramai pengunjung... 
Percayalah (jerit ala-ala Siti.. err, siti sape?? itu yang kita tak tahu.. hihi)

antara gambar yang sempat saya amik menggunakan hand-phone camera Samsung 5 saya.. huuuuu
 waktu pagi, air surut, kalau waktu malam, pokok2 bakau yang baris depan tu semua tenggelam

 Pokok bakau jugak ni

 Ini merupakan kawasan memancing... sangat best kot kalau memancing kat sini waktu air pasang... relax je kan... sambil menikmati pemandangan yang sangat indah=)

 Actually, nak shoot gambar tapak kaki kat area lumpur tu.. tapi, tak nampak sangat la.. huuu... korang ade nampak tak??? kalau nak tahu, kat sini banyak giler anak ketam & belacak =)

& the last pic yang aku amik kat Pulau Indah ni... haha.. my office mate... Mardiana Mohd Salleh =) komen dia tentang gambar yang aku shoot ni..
"umi, kenapa tangan aku macam gaya ultraman??".. so, aku jawab,
"ko kan nak selamatkan ketam-ketam ni"...

haha...
sebab aku tak shoot banyak gambar ialah aku hanya driver... tapi, bukan sebarang driver, aku bawak Hilux... besar kot.. masuk jalan tanah merah bagai... hehe...
....................................

For the last, sangat berharap dapat la projek ni.. boleh la pergi port klang selalu..=)
Sekian, wassalam

Friday, January 13, 2012

Kawasan Perumahan Yang Mana Satu Korang Nak Duduk??

Assalamualaikum..

Hye semua... harini saya nak cerita tentang planning sikit..
Kalau anda semua diberi pilihan untuk memilih kawasan tempat tinggal, keadaan yang macamana korang nak??
Kat bawah ni  saya ada attachkan gambar-gambar yang di copy dari Mail Online

BUDAPEST: Where the Hungarian capital's increasingly green suburbs meet the countryside

MENORCA: Holiday villas line Urbanitzacio Caparrot on the Mediterranean island

MENORCA, SPAIN: These more traditional villas occupy the Es Migjorn Gran area of the island

BATH, SOMERSET: A circular row of grand houses in St James's Park look on a giant tree

NORWAY: Snow-covered houses in the midst of winter look eerily peaceful from above

HONG KONG: Uniform rows of houses feature in this image of Fairview Park Road North in Yuen Long

LAS VEGAS, NEVADA: The sprawling identikit suburbs of one of the fastest growing cities in the U.S.

MENORCA: Villas line up, each with a glistening swimming pool, in Cala en Porter on the Spanish island

HONG KONG: Away from the skyscrapers, a metal shack provides a roof over the heads of some of the island's poorer citizens

WILTSHIRE: A recently completed housing estate in the south-west looks somewhat like a town made out of Lego

BUDAPEST: A parked car sits in the middle of an apartment building in the Hungarian capital
WORCESTERSHIRE: An historic Middle Hill House above Broadway contains an overgrown inner-garden

HONG KONG: High-rise apartment blocks lie side-by-side in the densely populated city

MEDELLIN, COLOMBIA: A shanty town made up of rocky winding roads and metal rooftops

LONDON: An aerial view of houses in a north-eastern suburb of the city. Photographer Jason Hawkes, from Oxfordshire, travelled above four continents by helicopter in a 12-year project to record how housing developments have produced abstract patterns on the landscape

 SITTINGBOURNE, KENT: A circular housing development with symmetrical triangular gardens caught Mr Hawkes' eye

MOROCCO: A farmhouse with a pen full of sheep lies alone in the middle of the desert

Semua Gambar-gambar ni merupakan contoh luar negara.. tapi, mane-mane contoh yang baik, boleh la diaplikasikan di Malaysia.. sebab tu nak mintak pendapat sahabat-sahabat sekalian.. 

Friday, January 06, 2012

RFZPPN





    
Assalamualaikum..

Hye kawan-kawan & sahabat alam maya.. hehe..
Pernah dengar tak singkatan RFZPPN??
Mesti tak pernah dengar lagi kan??
Sebab, acronym ni hanya berlegar-legar di kepala Town Planner dan mereka yang terlibat dengan pengurusan sumber air di Malaysia ni je.. =)

Ok lah..
Apa itu RFZPPN??
RFZPPN ialah Rancangan Fizikal Zon Penggunaan Pantai Negara.
Haa, agak berat kan??
Tapi, mesti korang faham kan bila tengok tajuk dia??
 RFZPPN ni standard dia lebih kurang Rancangan Fizikal Negara (RFN).. 
Kawasan kajian = meliputi 5kilometer ke darat dan 3 Batu nautika ke arah Laut di seluruh semenanjung malaysia..


bawah RFZPPN pula, ada ICUZP iaitu Integrated Coastal Zonning Plan, atau bahasa melayu nya disebut sebagai Pelan Pengurusan Zon Guna Pantai..

Di Selangor, terdapat 5 daerah yang terletak berhampiran dengan pantai.. iaitu;
1. Sepang
2. Kuala Langat
3. Klang
4. Kuala Selangor
5. Sabak Bernam
Setakat ini, Pelan Pengurusan Zon Guna Pantai yang telah disiapkan iailah, Daerah Kuala Langat dan Klang.. Manakala Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam masih dalam proses penyediaan, bengkel, pembaikan laporan dan sebagainya..
Juga terdapat cadangan daripada pihak PBT untuk meningkatkan lagi 'darjat' laporan ini supaya tidak dapat tidak mesti digunapakai oleh pihak pemaju yang ingin membangunkan kawasan yang terlibat.. (5km darat dan 3Batu Nautika Laut)

Nak tengok hasilnya?? tunggu laporan ni siap sepenuhnya ok.. saya akan share dengan semua pembaca yang berminat =)

Sekian, Wassalam

Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Harini, keluar satu artikel yang lebih kurang boleh dikategorikan sebagai fitnah kepada Ustaz Azhar Idrus ni.. Tajuk dia,  Ustaz Azhar-apa buat dalam tandas wanita di Masjid Jambu Bongkok?




   
 Copy Paste dari Blog Beliau
"Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?



Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?




Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?




Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?




Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?




Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?




Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya."
korang boleh la klik link unuk ke blog si penulis.. kalau tak nak pon xpe, saya ada print screen tulisan blog dia.. klik gambar untuk melihat lebih jelas...
Semua pihak yang menentang kerajaan Malaysia, akan ditimbulkan dengan satu cerita dan kisah seks.. hurm.. tak habis-habis..

Meh tengok video ni.. nak tahu sangat kan biodata Ustaz Azhar Idrus... haa, dengar ni elok-elok

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Sumber: UstazAzhar.Net

Fikir-fikirkanlah... anda semua dikurniakan akal yang sangat baik untuk berfikir..
Sekian, wassalam..

Sunday, January 01, 2012

Kad pengenalan ( Mykad ) pada 2012





   

Assalamualaikum... 


Harini aku nak share dengan korang semua tentang mykad baru... hehe... ada dua gambar tu.. satu warna, satu hitam putih... mengapakah??? hurmmm... 


image
KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari – Hmetro

Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini. 
Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.
“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam.
 



   
Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.

Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan.

“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya.

Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

Sumber : Bharian.

Selamat Tahun Baru!!!


Assalamualaikum...

Harini bermulalah tahun baru yang diimpi-impikan oleh kebanyakan teman-teman dengan keazaman yang baru dan sangat bersemangat!!! Selamat Datang Tahun 2012!!.. Apa azam kalian??? hehe..

Malam td jugak, Ainul sambut tahun baru dengan tangisan.. huhuhuhu.. 
Mata pejam.. tidur tapi diselangselikan dengan tangisan yang sangat menyedihkan.. 
Last-last, ibunya yang tak boleh tidur.. huwaaarggh..
Kejap-kejap nangis.. 
Biasalah manusia ni ada tahap kesabaran masing-masing...
yang akhirnya, aku kalah dengan tangisan ainul..
biarkan dia menangis setelah puas memujuk..




   
Mak Uda ainul yang penuh kasih sayang, pujuk ainul sampai diam dan terlena dalam pelukan mak udanya sampai pagi.. hihihi.. terima kasih mak uda... wink wink

Dapat berita daripada jiran sebelah rumah, rupanya ada orang meninggal malam tadi.. jiran tetangga jugak..  Innalillahiwainnailaihiraaajiuunn... Al-Fatihah..

"Patutlah Ainul menangis malam tadi, rupanya ada orang meninggal".. kata mak.
Baby ni dapat nampak kalau ada orang meninggal.. 
Subhanallah..
Mari baca hadis di bawah yang menyebut tentang diharuskan menangis untuk orang yang meninggal dunia..


"Daripada ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud r.a, kemudian Rasulullah s.a.w. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya." Sumber SINI

Ainul, jangan nangis-nangis lagi ye,,, 
jadi budak baik tau..
Ni gambar Ainul semalam.. masa temankan mak uda dan mak lang pegi belajar motor nak amik lesen.. heheh


Wednesday, December 07, 2011

Ainul belajar meniarap dan berjalan


hee.. lamenye la x update  laman sesawang ni ha...
memang dah cukup sawang-sawang...
cuma labah-labah je yang xde...

harini umur ainul dah 4 bulan 2 minggu..
dia mula belajar meniarap...
asyik nak main je sepanjang masa..
kalau boleh, xnak tidur dah..
main, main dan main...







   
   
sempena adik beradik dan ibuku yang bercuti sekolah,
aku letak ainul kat rumah mak,
sementara aku bekerja..
sebelum ni, ainul duduk dengan nek pah (adik mak)..
tapi, seminggu ni, ainul duduk dengan nenek, atuk n mak cik pakcik nya..
pagi-pagi lagi ainul dah keluar rumah..
ibu pegang ainul...
ainul belajar jalan ye..
cepat-cepat jalan ye ainul...
hihi..

tips-tips orang tua zaman dulu,
kalau nak anak kita cepat jalan,
bagi dia pijak embun pagi atas rumput...
pastu, amik embun tu, sapu kat lutut dia...

InsyaAllah, berkesan..

Kene amalkan selalu la..=)
hihi..

----
banyak lagi ainul nak belajar sebenarnye,...
tengok gambar bawah ni..
ainul belajar men fesbuk...


ainul belajar drive kereta... hehe..
cepat-cepat amik lesen...
nanti ayah belikan kereta utk ainul ye...
heeee

Friday, October 28, 2011

keje keje keje.... bile nak kaye ni???

Assalamualaikum..

uhuhuhuhuhuhuh...
entry dimulakan dengan tangisan...
bila lah keje ni nak habis yek??
aku dah letih... 
mata berpinar..
kepala dah pening..





   
uhuhuhuhuhuhuhu
sambung balik nanges...

kalau dah nama kerja makan gaji, 
sampai bila pon xkan kaye..
percaya x???
aku dah buktikan dah..
mmg xkaya..


Tuesday, September 27, 2011

GIVEAWAY RADIUSITE

Assalamualaikum n hye semua..
harini saya nak join giveaway radiusite..
boleh dapat shawl 3 layer yang mcm ika pakai ni..
bestnyeeeee=)
haritu nak beli sebelum raya x dapat, sbb dah out of stock.. hihi..
jom la singgah blog radiusite... RADIUSITE
banyak shawl cantek2.. wink wink=)

.................................

syarat giveaway ni ialah perlu menceritakan kisah mak kita..
ok.. meh baca kisah mak saya..

mak saya merupakan orang yang paling banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya dan adik-adik dalam menempuh dunia yang penuh dengan pancaroba ini... mak dan abah telah membesarkan kami 8 orang adik beradik dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama.. alhamdulillah, sangat bersyukur apabila mendapat sebuah keluarga yang sangat bahagia.. kalau nak tahu, emak saya cantik tau.. macam Raja Ema.. suwiittt.. hehe.. waktu zaman remajanya dulu, ada pengarah filem nak ambik emak berlakon.. tapi, arwah atok tak benarkan.. hehe=)

emak.. sangat besar pengorbanannya,
membantu abah mencari rezeki,
untuk membesarkan kami lapan beradik..
untuk makluman, saya baru saja menimang cahaya mata yang pertama... bukan senang untuk menjaga bayi baru lahir.. macam-macam ragamnya.. bersalin hari tu pun agak susah jugak.. (ada dalam entry NIKMATNYA BERSALIN).. malam berjaga, siang berjaga.. ni baru sorang anak.. cuba bayangkan bagaimana mak membesarkan kami 8 orang... fuhhh... emak sungguh tabah..

banyak kali emak menitiskan air matanya..
ada air mata duka, ada juga air mata gembira..
pernah emak menitiskan air matanya melihat kenakalan anak-anaknya,
pernah juga emak menitiskan air mata tatkala melihat kejayaan anak-anaknya...

waktu birthday mak dan abah saya,
kami adik beradik akan berkumpul sekali untuk menyambut ulangtahun kelahiran mereka berdua..
sebab, tarikh lahir mak dan abah xberapa jauh.. hehe..
oklah, rasanya setakat ni je lah kisah emak yang dapat dikongsikan..
harap2, boleh la dapat giveaway dari ika radiusite tu... hehehe=)

Tuesday, September 06, 2011

Oreo Cheesecake


Assalamualaikum..

harini 06september2011 bersamaan 8syawal...
saya nak berkongsi resipi membuat kek oreo cheese...
atau nama scientific nya oreo cheesecake..
hehe..

Bahan2nya
  • esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200ml whipping krim 
  • 1 sudu besar lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya 

Cara-cara:-



  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. 
haa... ni lah hasilnyaa... nyummmmmmmy
sedap...=)
xsempat nk hias, dah habis.. hehe..
 
selamat mencubaaaaa=)


    Thursday, August 18, 2011

    Tips Nak Tahu Aweks tu Pandai Masak=)

    Assalamualaikum..=)
    Malam ni saya nak share tips macamane nak tahu sorang awek tu pandai masak ke tak.. hehe
    Saya buat entry ni sebab telah di request oleh Nasi Hangit..

    Sekarang ni semua wanita dah jadi cantik..
    make up, stylish, gorgeous, blink blink=) 

    satu kelebihan jika seorang wanita tu Pandai Memasak..
    sebab sekarang ni, bukan semua lelaki suka makan kat kedai..
    kalau makan sekali sekala kat kedai ok la kot..
    kalau hari2 makan kat kedai, mau botak kepala..
    hehe..

    ok, lets go to p\the topic!




       
    Macamane nak tahu sorang wanita tu pandai masak ke tak?
    1st : Selalu post kat facebook, twitter, blog dll yang dia masak lauk, baking cake, masak itu dan ini... (memang senang nak tahu dia pandai masak ke x.. cthnya: macam cik rai=)
    2nd : perempuan tu jenis yang suka tolong mak kat dapur.. sape2 pun yang suka tolong mak masak k at dapur, secara automatik akan pandai masak.. tapi, biasanya resepi2 masakan mak dia aje la.. kecuali kalau dia jenis yang suka explore.. boleh buat resepi sendiri.. dan dia juga tak janggal bila kat dapur.. boleh je nak ape pun.. cume sedap atau tak je..
    3rd : perempuan yang suka membelek resepi, tak pun suka explore blog masakan untuk cari resepi.. 

    bila tanya mak, "mak, macamane kita nak tahu perempuan tu pandai masak ke tak??"
    "tengok tangan dia.." kate mak..
    haa.. pandai2 la nak tengok tangan pompuan yek..
    tengok tangan je tau..
    hehe..

    sekian

    Wednesday, August 17, 2011

    Nikmatnya Bersalin

    Assalamualaikum..

    harini dah puasa yang ke 17 dah..
    ainul pun dah 28hari..=)
    barulah saya berpeluang untuk menceritakan pengalaman bersalin..

    perut mula sakit pada malam 19julai2011..
    darah pun dah mula keluar dari faraj..
    tapi xbanyak..
    bila bagi tahu suami tentang ni, suami terus ajak pergi check up..
    so, 20julai2011 pergi hospital sungai buloh untuk check..
    sampai di hospital sungai buloh, doktor cek pintu keluar baby baru terbuka 1cm..
    then, doktor tu bagi mc 2 hari n suruh balik dulu...
    katenye, bile dah terasa sangat sakit nanti baru datang balik..
    kemungkinan besar dalam dua hari lagi baru bersalin..
    so, aku pun balik la rumah..




       
    sampai je rumah dalam pukul 3.00ptg..
    baring la depan tv dengan family..sambil tu abah main PS..
    sambil baring2 tu, perut saya mula sakit...
    kontraksi baby dah bermula..
    hidung dah merah, mata pon dah berair..
    "jom lah pergi hospital tanjong karang pulak.. sakit hati je dengar doktor suruh balik.. dah sakit2 macam ni disuruhnye balik.. siap2.. lepas asar nanti pergi hospital tanjong karang" kate abah

    kami pun bersiap2..

    "pergi rumah embok dulu ye bah, nak suruh urut ape2 yang patut.. n nak mintak air selusuh"..
    abah, mak, nurul, saya dan suami bertolak ke rumah embok dulu sebelum pergi ke hospital tanjong karang..
    perjalanan dari rumah ke hospital tanjong karang mengambil masa lebih kurang 1jam..
    sampai di kuala selangor kami singgah solat maghrib..
    selepas solat maghrib tu, saya dapati darah makin banyak keluar..

    sampai di hospital tanjong karang lebih kurang dalam jam 8.30..
    macam biasa, daftar dulu then tukar baju hospital n amik air kencing utk diperiksa..
    bila doktor cek, jalan keluar baby dah terbukak 3cm..
    keadaan aku terus dipantau di hospital tanjong karang..
    jam 9.00pm pintu keluar dah terbukak 5cm..
    jam 4.00am, kontraksi sebenar bermula..
    sakit yang dtg setiap 8-10 minit..
    sakitnye bukan lah calang2...
    sangat sakit.. huhu..
    jam6.00am 21julai2011, doktor cek pintu keluar baby dah terbukak 10cm..
    doktor dan nurse bersusah payah membantu untuk aku keluarkan bayi ku..
    namun gagal..
    bayangkan dari jam 4.00am sehingga 6.00am..
    sudah berulang2 kali doktor dan nurse paksa aku untuk push n keluarkan bayi..
    hasilnya, aku terus sakit..
    dan lemah tanpa tenaga..

    doktor membuat keputusan untuk menghantar saya ke hospital sungai buloh..
    lebihkurang jam 7.00pagi saya dan suami dibawa ke hospital sungai buloh menaiki ambulans..
    merasa jugak naik ambulans..

    dalam ambulans tu..berlaku kontraksi yang sangat kuat dari bayi ku..
    tapi saya dilarang untuk meneran kerana dikhuatiri bayi akan lahir dalam ambulans..
    "puan, janagan meneran dalam ambulans ye.. tahan dulu.. kumpulkan tenaga,, istighfar banyak2... nanti dah sampai hospital, puan teran ye.." kata nurse yang follow dalam ambulans tu..
    saya hanya mengikut nasihat nurse tu..
    tapi, memang sakit yang teramat..
    bagai nyawa dihujung tanduk..

    perjalanan dari hospital tanjong karang ke hospital sungai buloh saya rasakan teramatlah jauh..
    bila pandang ke luar tingkap ambulans, hanya nampak pokok2 kelapa sawit dan langit yang membiru..
    tu je yang saya nampak... huhu

    sampai je di hospital sungai buloh lebih kurang jam 7.50am 21julai2011, saya terus di bawa masuk ke dalam labour room..
    doktor dan nurse mula berkumpul dan membuat apa yang patut..
    tepat 7.57am 21julai2011, kedengaran suara bayiku yang dah selamat aku keluarkan...
    hanya yang dapat kulihat doktor2 dan nurse tu melihat bayi ku dan melopongkan mulut mereka..
    "ooooo.. patutla susah nak keluar" kate nurse dan doktor tu..
    rupanya, leher bayiku tersangkut pada tali pusatnya..

    Alhamdulillah, bayiku selamat dikeluarkan..
    sangat NIKMAT rasenye bila dah selamat..

    doktor menunjukkan alat kelamin bayiku dan bertanyakan
    "anak puan ni boy ke girl??"
    "girl".. jawabku dengan lemah..
    then, bayi ku diletakkan di atas badan ku sementara mereka menguruskan, uri, tali pusat dan lain-lain..
    kecil saje bayi ku..

    2.99kg
    7.57pagi
    21julai2011

    Alhamdulillah..
    Aminn


    ni gambar bayi saya sewaktu umurnya 22hari..=)

    Thursday, August 04, 2011

    Dua Bulan Cuti Bersalin

    Assalamualaikum..

    Bagi Kakitangan swasta, cuti bersalin yang diberi hanyalah 2bulan sahaja (sehingga ogos 2011)..
    bile entah nak dapat 3 bulan..
    rasanya, memorandum untuk cuti bersalin kakitangan swasta tu dah dihantar sejak awal tahun 2010 lagi..
    memang tak nak bagi kakitangan swasta ni cuti lame2 kot..

    bukan ape.. 
    kesian si ibu dan si anak..
    terpaksa membahagikan masa, walaupun belum puas bersama
    lebih2 lagi bagi si ibu yang menyusukan anak..
    macamane lah rasenye kan..

    anak saya ni baru lahir 15 hari.. 
    tinggal 45 hari je cuti saya..
    rasa penat meneran baby masih terasa lagi..

    ni gambar Ainul waktu umurnya 7 hari..
    tomei2..




       
    smogaAinul membesar dengan baik..
    sempurna sifatny, sempurna aqalnya, sempurna imannya..
    semoga Ainul menjadi anak y baik dan solehah..
    Aminn

    Wednesday, August 03, 2011

    Duhai Puteriku Ainul Mardhiah Hafiszee..

    Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

    Sudah lama saya tidak meng'update' blog senyum simpul ni...
    Sibuk dengan urusan duniawi..
    Alhamdulillah,
    pada tanggal 21 Julai 2011,
    jam 7.57pagi,
    telah lahir dengan selamat seorang bayi yang sangat comel (ini kenyataan)... =)
    tak percaya???
    meh tengok video n gambar...

     tembamkan pipi dia..
    geram je tengok...
    mmg kene cubit je la dengan ayah n makcik2 nye... haha

    minggu pertama kehadiran Ainul Mardhiah memang sangat mencabar kesabarnku dan suami..
    mana tidaknya, siang tidur, malam berjaga..
    MasyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu..

    Tapi, alhamdulillah..
    minggu kedua ni Ainul Mardhiah dah mula menunjukkan tanda2 ceria,,
    dia dah dapat tangkap waktu tidur dan waktu berjaga yang normal..
    Syukur Alhamdulillah..

    Doakan Ainul Mardhiah dan keluarga sihat dan selamat...
    Aminn..