Sunday, January 03, 2010

azam

salam.. hye allz..
harini dah 3 jan 2010..
tahun baru dah menjelang tau.. sape y x sedar??
smua org mesti sedar akan hal ni..

so, ape azam baru korg pada tahun 2010??
hurm..

azam mizz senyum tahun ni ade banyakkkkk.. hehe... klu nk di list kan pun xtau la sampai berapa episod..
hehe.. so, mizz listkan je la ape y aku nk kongsi kan dgn korg smua..

1. nak abiskan belajar kat UTM ni.. untuk makluman, skg ni mizz senyum dah berada di tahun 4 semester akhir.. mei 2010 ni insyaAllah dengan usaha semangat dan berkat doa, mizz senyum akan menghabiskan sesi pembelajaran di UTM ni.. hehe=) - yang ni mizz senyum akan pastikan ia tercapai.. TIADA TIDAK.. mizz senyum xnak terdiri dari mereka yang tertinggal.. maksudnye, kene extend.. owh NO.. tiada dalam kamus hidup... so, skg ni kene siapkan bab 1 dan 2 tesis ku y masih dalam proses.. chaiyoookkkk!!!!

2. nak menjadi wanita yang elegan dan sopan - klu dulu, gelak sane gelak sini.. pergaulan bebas.. opps, xde la bebas sgt pun, tapi, bebas la.. hehe.. cane nth nk ckp.. tp, mizz senyum bkn jenis y x baik yek.. cuma nak jadi sopan je.. bukan sopan y dibuat2 bile berdepan dengan org2 tertentu je.. tp, sopan dlm smua hal.. hehe... smoga mizz senyum akan menjadi wanita y elegan dan sopan=)

3. nak bukak biznez - klu u allz nk tau, sejak kebelakangan ni, mizz senyum makin minat utk berbisness.. antara barangan y mizz senyum nak jual seperti shawl, selendang, aksesori wanita dll.. klu ade rezki, satu hari nnt nk bukak butik kot.. hehe.. amin.. antara shawl y mizz senyum suka mcm kat pic bwh ni.. jenis kedut2.. xpayah gosok=)

cantik kan?? haa.. sape y berminat, boleh hubungi mizz senyum..
banyak lg warne2 y menarik..


4. amalkan cara hidup y sihat - bfast x tinggal, bersenam slalu, jgn terperap dlm bilik jek... hehe.. tu la.. nak slalu sihat dan cergas.. masa muda ni la nak jaga smua tu utk elakkan dari dpt penyakit y bukan2.. so, u allz pun kene jaga kesihatan yek=)

rasenye, itu je la azam mizz senyum..
u allz plak cane??
=)



Friday, January 01, 2010

selesai tanggungjawab=)

assalamualaikum

selesai tanggungjawab setelah meletakkan jawatan
eksekutif PEWIBAWA..

Buat mereka yang terpilih, sila jalankan tanggungjawab anda dengan penuh rasa tanggungjawab dan berhemah....

kalau ade ape2 masalah, bwk2 berbincang..
kami selaku mantan akan terus membantu kalian..
Insyaallah...

semoga terus cemerlang
HIDUP PEWIBAWA..

Tuesday, December 29, 2009

AGM PEWIBAWA

assalamualaikum wbt....

buat kawan2 seperjuangan...
cukuplah setahun PEWIBAWA berada dalam naungan kami...
ia merupakan landasan dan tapak bagi kami untuk mencedok pengalaman..
sebenarnya, pelbagai pahit manis sepanjang kami memegang jawatan..
cuma, mereka2 y terlibat dan terdekat saja y tahu.. hehhe


dengan penuh rasa syukur dipanjatkan kehadrat illahi....
majlis mesyuarat agung tahunan PEWIBAWA dan pelantikan AJK baru akan dijalankan pada;
tarikh : 30.12.2009
hari : rabu
masa : 8.00 malam
tempat : L50, UTM, skudai

tentatif program adalah seperti berikut:

8.00 p.m Kehadiran Jemputan

8.05 p.m Makan Malam

8.25 p.m Pendaftaran

8.30 p.m Majlis dimulakan

8.35 p.m Bacaan Doa

8.40 p.m Ucapan daripada Presiden PEWIBAWA, Saudara Muhamad Hafidz Bin Bin Mohd Raidzuan

8.45 p.m Ucapan daripada Penasihat PEWIBAWA, En. Chau Loon Wai

8.55 p.m Pembentangan Laporan Tahunan oleh Setiausaha Agong

9.10 p.m Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari Kehormat

9.30 p.m Pembentangan Laporan Aktiviti oleh Exco-exco

9.55 p.m Sesi Soal Jawab

Pembubaran Jawatankuasa PEWIBAWA 2008/2009

10.10 p.m Sesi Pengenalan Calon

10.35 p.m Pembuangan Undi

10.50 p.m Pengiraan Undi dan Pembentangan Dokumentari

11.20 p.m Pemberitahuan Keputusan Undian

11.25 p.m Ucapan daripada Presiden Baru

11.30 p.m Bersurai



makanan disediakan.. so, buat kwn2, xyah beli makanan mlm tu.. makanan free je..
menu : nasi tomato + satay + dll

sepuluh jari disusun tanda maaf di atas segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tempoh kami menjadi majlis tertinggi PEWIBAWA
ucapan terima kasih jua buat rakan2, yang memberi kerjasama sepanjang satu tahun ini..

*kami = mewakili semua majlis tertinggi PEWIBAWA

Friday, December 18, 2009

langkah awal

salam....
hye olz... tajuk entry kali ni berkisahkan
'langkah awal'..

langkah awal ke gerbang perkahwinan... hehe
seram sejuk bagi sape2 je y belum merasai debaran langkah awal ni..
langkah awal ke gerbang perkahwinan y mizz senyum maksudkan ialah
pertunangan...

alhamdulillah...
mizz senyum dah mencapai target tu..
pada tanggal 12.12.2009 yang lepas,
miss senyum selamat diijabkabulkan..
oppsss.. xsabar2 nak nikah gamaknye..
belum lagi la...
baru selamat ditunangkan dengan kekasih pilihan hati...
hafiszee abdullah..
jejaka idaman hati..
hehe..

majlis berlangsung seawal jam 11 pagi..
sesi perbincangan dari wakil antara dua pihak berjalan dengan lancar..
5 berbalas 11 dulang menjadi pertukaran pada tarikh itu..
sebentuk cincin telah disarungkan di jari manis kanan mizz senyum..
ciuman pertama dari bakal ibu mertua...
pengalaman ini sungguh manis dan indah..



wahai kawan2..
jangan la couple lame2...
kawen cepat sikit..
sronok..
wpun baru bertunang, tp, pengalaman dan perasaan tym ni mmg syok & best...
hehe=)

harap sangat ikatan yang terjalin akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
aminnnn

Thursday, November 05, 2009

akhirnyaaaaaaaaaa~~~

exam dah abes....
yeah!!!!

tapi, masih dibebani dgn
-vivar
- option

hwaaaaaaaaaaa.........