Friday, January 06, 2012

Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Harini, keluar satu artikel yang lebih kurang boleh dikategorikan sebagai fitnah kepada Ustaz Azhar Idrus ni.. Tajuk dia,  Ustaz Azhar-apa buat dalam tandas wanita di Masjid Jambu Bongkok?




   
 Copy Paste dari Blog Beliau
"Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?



Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?




Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?




Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?




Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?




Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?




Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya."
korang boleh la klik link unuk ke blog si penulis.. kalau tak nak pon xpe, saya ada print screen tulisan blog dia.. klik gambar untuk melihat lebih jelas...
Semua pihak yang menentang kerajaan Malaysia, akan ditimbulkan dengan satu cerita dan kisah seks.. hurm.. tak habis-habis..

Meh tengok video ni.. nak tahu sangat kan biodata Ustaz Azhar Idrus... haa, dengar ni elok-elok

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Sumber: UstazAzhar.Net

Fikir-fikirkanlah... anda semua dikurniakan akal yang sangat baik untuk berfikir..
Sekian, wassalam..

Sunday, January 01, 2012

Kad pengenalan ( Mykad ) pada 2012





   

Assalamualaikum... 


Harini aku nak share dengan korang semua tentang mykad baru... hehe... ada dua gambar tu.. satu warna, satu hitam putih... mengapakah??? hurmmm... 


image
KETUA Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said menunjukkan kad pengenalan baru yang akan mula dikeluarkan pada 3 Januari – Hmetro

Orang ramai boleh menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk imej turisan laser dan cip tahan lasak, bermula 3 Januari ini. 
Sebagai permulaan, MyKad baru itu boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN di sini dan JPN Shah Alam, manakala negeri lain secara berperingkat sehingga 15 Februari depan pada harga RM10.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said, berkata MyKad baru itu diperkenalkan selepas jabatannya menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak dan mudah dipalsukan.
“Pemalsuan kad pengenalan boleh mengancam keselamatan negara. MyKad baru ini bukan saja tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan polikarbonat, malah ia mempunyai lebih banyak ciri keselamatan termasuk imej turisan laser pada permukaan kad dan dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan,” katanya pada sidang media memperkenalkan MyKad baru itu di sini, semalam.
 



   
Berikutan itu, Jariah berkata, JPN berharap teknologi terbaru dibangunkan untuk kegunaan dokumen pengenalan diri di Malaysia akan menyukarkan usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memalsukan MyKad pada masa depan.

Bagaimanapun, penggantian kepada MyKad baru tidak diwajibkan kepada pemegang MyKad sedia ada, tetapi orang ramai digalakkan menggantikannya sebagai langkah keselamatan.

“MyKad terbaru ini menepati piawaian antarabangsa, terutama dari segi spesifikasi ketebalan, panjang, lebar dan kedudukan cip pintar digunakan. Kita menetapkan standard lebih tinggi dari segi pengujian cip pintar dan keadaan fizikalnya,” katanya.

Jariah berkata, cawangan JPN di negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

Sumber : Bharian.

Selamat Tahun Baru!!!


Assalamualaikum...

Harini bermulalah tahun baru yang diimpi-impikan oleh kebanyakan teman-teman dengan keazaman yang baru dan sangat bersemangat!!! Selamat Datang Tahun 2012!!.. Apa azam kalian??? hehe..

Malam td jugak, Ainul sambut tahun baru dengan tangisan.. huhuhuhu.. 
Mata pejam.. tidur tapi diselangselikan dengan tangisan yang sangat menyedihkan.. 
Last-last, ibunya yang tak boleh tidur.. huwaaarggh..
Kejap-kejap nangis.. 
Biasalah manusia ni ada tahap kesabaran masing-masing...
yang akhirnya, aku kalah dengan tangisan ainul..
biarkan dia menangis setelah puas memujuk..




   
Mak Uda ainul yang penuh kasih sayang, pujuk ainul sampai diam dan terlena dalam pelukan mak udanya sampai pagi.. hihihi.. terima kasih mak uda... wink wink

Dapat berita daripada jiran sebelah rumah, rupanya ada orang meninggal malam tadi.. jiran tetangga jugak..  Innalillahiwainnailaihiraaajiuunn... Al-Fatihah..

"Patutlah Ainul menangis malam tadi, rupanya ada orang meninggal".. kata mak.
Baby ni dapat nampak kalau ada orang meninggal.. 
Subhanallah..
Mari baca hadis di bawah yang menyebut tentang diharuskan menangis untuk orang yang meninggal dunia..


"Daripada ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas'ud r.a, kemudian Rasulullah s.a.w. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya." Sumber SINI

Ainul, jangan nangis-nangis lagi ye,,, 
jadi budak baik tau..
Ni gambar Ainul semalam.. masa temankan mak uda dan mak lang pegi belajar motor nak amik lesen.. heheh


Wednesday, December 07, 2011

Ainul belajar meniarap dan berjalan


hee.. lamenye la x update  laman sesawang ni ha...
memang dah cukup sawang-sawang...
cuma labah-labah je yang xde...

harini umur ainul dah 4 bulan 2 minggu..
dia mula belajar meniarap...
asyik nak main je sepanjang masa..
kalau boleh, xnak tidur dah..
main, main dan main...







   
   
sempena adik beradik dan ibuku yang bercuti sekolah,
aku letak ainul kat rumah mak,
sementara aku bekerja..
sebelum ni, ainul duduk dengan nek pah (adik mak)..
tapi, seminggu ni, ainul duduk dengan nenek, atuk n mak cik pakcik nya..
pagi-pagi lagi ainul dah keluar rumah..
ibu pegang ainul...
ainul belajar jalan ye..
cepat-cepat jalan ye ainul...
hihi..

tips-tips orang tua zaman dulu,
kalau nak anak kita cepat jalan,
bagi dia pijak embun pagi atas rumput...
pastu, amik embun tu, sapu kat lutut dia...

InsyaAllah, berkesan..

Kene amalkan selalu la..=)
hihi..

----
banyak lagi ainul nak belajar sebenarnye,...
tengok gambar bawah ni..
ainul belajar men fesbuk...


ainul belajar drive kereta... hehe..
cepat-cepat amik lesen...
nanti ayah belikan kereta utk ainul ye...
heeee

Friday, October 28, 2011

keje keje keje.... bile nak kaye ni???

Assalamualaikum..

uhuhuhuhuhuhuh...
entry dimulakan dengan tangisan...
bila lah keje ni nak habis yek??
aku dah letih... 
mata berpinar..
kepala dah pening..





   
uhuhuhuhuhuhuhu
sambung balik nanges...

kalau dah nama kerja makan gaji, 
sampai bila pon xkan kaye..
percaya x???
aku dah buktikan dah..
mmg xkaya..