Sunday, May 30, 2010

Korea.. part 1(Istana Raja Korea)


salam..
hye kawan2 smua..
selamat hari ahad..

hari ni miss senyum nak kongsi gambar2 miss senyum mase jalan-jalan di kota seoul..
ada banyak sangat gambar, dan miss senyum akan kongsikan sebanyak mane yang boleh... hehe
supaya kawan2 smua dapat gambaran bagaimana Korea..

part 1 ni, miss senyum kongsikan gambar2 miss senyum di kawasan istana diraja korea..
seperti yang sedia maklum, Korea sekarang ni sudah tidak mempunyai raja..
jadi, kawasan tinggalannya dijadikan pusat pelancongan.. jom tengok.. hehe

ini merupakan tempat maharaja dan maharani bersantai.. sebuah pondok yang dikelilingi dengan tasik.. sangat menarik.. kini, ia dijadikan sebagai pusat pelancongan..
kalau musim winter, tasik ni dijadikan sebagai kawasan ice skating.. siap ade pertandingan lagi kat sini.. besh..

rambut maharani.. miss senyum pinjam 5 minit.. hehe

depan istana.. istana ni tempat menyorok maharani sewaktu tentera Jepun cuba untuk membunuh beliau.. selepas terbunuhnya maharani Korea, maka tiada lagi pewaris di raja Korea.. sebab itu lah orang Korea tak suka dengan Jepun.



ni nak buat gambar poskad.. hantar balik ke Malaysia.. hehe












ni la pakaian rasmi masyarakat Korea pada zaman diraja..

hehe.. part tu nanti kita sambung pasal tempat lain pulak yek.. hehe..
seian, wassalam

Thursday, May 27, 2010

Ada Sesiapa Berminat Nak Publish Hasil Foto di National Geographic?

asslamualaikum..
hye kwn2 smua..
miss senyum tau, ramai antara kawan yang suke amik gambar...
xkire la amik gamba yang y macamane pun..

yang penting,
anda minat nak published kan hasil karya anda ke National Geographic??
jika gambar2 yang anda shoot tu terpilih,
kemungkinan besar akan masuk majalah tu..

nak tau lebih lanjut???
klik je kat gamba bwh ni..
miss senyum dah link kan dengan website die...

Syarat-syarat lain adalah:

1. Hantar dalam format JPG/JPEG (no editing or manipulating)
2. Sekurang-kurangnya 1, 600 pixel lebar (bagi horizontal) & 1, 600 pixel tinggi (bagi vertical)
3. Saiz file kurang daripada 5 MB

Selain daripada itu, anda juga boleh bereksperimen dengan gambar yang anda upload sama ada untuk berjigsaw puzzle atau untuk bermain game. Kalu tak silap leh upload 100 gambar dalam tu. Dalam tu nanti boleh vote untuk gambar-gambar yang lain dan gambar-gambar anda pun akan divote. Kalu undian anda tinggi, ada kemungkinan editor pilih gambar anda. Selamat Mencuba.

sekian, wassalam

Kenapa Kita Perlu Menangis?





   
assalamualaikum...
dah selalu sangat miss senyum tersenyum2..
kalini, miss senyum nk kawan2 menangis pulak,,,
boleh??

tengok mcm baby ni..
menangis sampai tertido.. kesian die..
ape la yang die nak tu ye..

Buat teman2 miss senyum sekalian...
menangis ni bukanlah satu kemestian dalam hidup kita..
namun, adakalanya kita perlu menangis jika ada sesuatu yang membelenggu perasaan..
Menangislah wahai teman..
jika ada yang menyentuh perasaanmu..
jika sesuatu perkara itu amat berat bagimu..

Tapi, yakinlah bahawa,
ia hanyalah ujian yang diberikan kepadamu..
yakinlah bahawa kamu dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik..
Allah tidak akan menurunkan ujian kepada hambanya,
melainkan Dia tahu hambanya berupaya untuk menangani ujian tersebut..

menangis..
pernah tak kita menangis??
ape rasenye lepas menangis??
pasti sangat lega..

buat kawan2 dan teman2 yang mempunyai masalah., cube buat ikut cara miss senyum selalu buat ni.. insyaAlah boleh selesai...

1. sila la berkongsi masalah kalian dengan sahabat handai yang paling dekat dengan anda... mane lah tau, jika mereka ada idea yang boleh dikongsikan, lantas dapat menyelesaikan masalah kalian..

2. buat solat sunat hajat, tahajjud dan lain2.. mengikut keadaan teman2.. mungkin diwaktu sekarang ni, ada yang sedang keliru menngenai arah tujuan masing2.. keliru mana satu yang akan dipilih untuk meneruskan kehidupan..

3. banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan.. Bagi mereka yang beragama Islam, jangan sekali-kali jauh dari Allah yang Esa.. Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan atas takdir yang terjadi pada diri kita.. ok..
Hanya Allah yang dapat membantu kalian..

banyak-banyakkan berdoa dan bertawakkal.. diiringi dengan usaha untuk menyelesaikan satu-satu masalah tersebut.. ok...

---------------

baru-baru ni juga, ada kawan miss senyum yang kehilangan ayahanda tercinta..
al-fatihah buat ayahanda beliau..
semoga ditempatkan bersama org2 beriman..
aminnn..
nana, kuatkan semangat...
tabahkan hati..


air mata itu sangat bermakna..




Wednesday, May 26, 2010

Intai Nenek Bogel



assalamualaikum...
buat sahabat2 sekalian..

hari ini, miss senyum nak bercerita al-kisah sang cucu yang mengintai si nenek sedang mandi..
ish ish ish... maaf jika entri kali ini agak lucah.. tapi, inilah realiti..
kejadian ini berlaku di Segamat...

nenek-nenek si bongkok tiga.. siang malam asyik berjaga... lalala...

ish ish ish.. nenek pun boleh dijadikan alat pemuas nafsu ke???
xfaham betul dengan budak remaja zaman sekarang ni..
budak tu baru 14 tahun.. kalau die sekolah, tingkatan dua..
perangai dah macam binatang..

(gambar di bawah hanyalah selingan)..

mesej yang nak disampaikan:

"atas bumbung pun jadi"...

same la macam kisah ni

"nenek pun jadi la"

sebenarnya, remaja tu ada muslihat lain..
biasa bagi warga emas menyimpan barang2 berharga dalam baju, bawah katil, selit2 kat kain, dalam periuk nasi dan macam-macam la...
dalam kes ini, nenek tu suka menyimpan barang2 berharga dalam baju..
jadi, si cucu ni memasang strategi untuk mencuri barang2 tersebut sewaktu neneknya mandi..
si nenek ni pula, mandi dalam berkeadaan bogel..
cucu ni pun, ambil peluang memuaskan nafsu la..
'sambil menyelam, minum air'

si nenek yang menyedari kejadian tersebut melaporkan kes ini kepada pihak polis, tanpa mengetahui cucu nya adalah si pencuri..

remaja tersebut telah ditangkap polis semasa sedang mengintai dan mencuri pakaian nenek nya kira-kira pada jam 6 petang..
'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'

kepada remaja2 di luar sana,
insaflah..
jadikan ini sebagai iktibar..
tidak perlu mencuri untuk hidup..
belajar bersungguh-sungguh..
berusahalah untuk mencapai kejayaan..

walaupun tiada siapa nampak apa yang anda lakukan,
tapi ingatlah, masih ada Allah yang esa,
melihat segala perlakuan kita untuk dihisab
di akhirat kelak..

sumber : Harian Metro dan olahan penulis

sekian.. wassalam..