Thursday, April 15, 2010

Home » , » Solat Subuh Malam Pertama

Solat Subuh Malam Pertama

salam...
MS nk kongsi kisah pasangan pengantin
yang baru kawen..
dan pecah tembelangnye
di waktu subuh slps malam pertama..

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Lebih kurang macam dalam gambar ni la si mamat tu.. hehe

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab
"eh.. ia ke? tiga rakaat rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."


Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

sumber: emel
---------------------------------------
astaghfirullahal Azim..
ade lagi ke skg ni lelaki y xtau solat???
sedar2lah wahai kaum adam...
kamu tu pemimpin keluarga..
sesiapa yang xtahu solat, bawak2 la belajar ye...

sesungguhnya solat itu tiang agama..

sekian, wassalam=)

2 comments:

  1. Cis...
    Serius kelakar!!!
    hahahah..

    ReplyDelete
  2. cube bace entry y bwh2 ni.. ade 2 lg cite klaka.. hehe.. klaka bukan sebarang klaka.. klaka ade motif dan maksud tersirat.. hehe.. renung2kan dan selamat beramal :)

    ReplyDelete