Tuesday, September 27, 2011

Home » » GIVEAWAY RADIUSITE

GIVEAWAY RADIUSITE

Assalamualaikum n hye semua..
harini saya nak join giveaway radiusite..
boleh dapat shawl 3 layer yang mcm ika pakai ni..
bestnyeeeee=)
haritu nak beli sebelum raya x dapat, sbb dah out of stock.. hihi..
jom la singgah blog radiusite... RADIUSITE
banyak shawl cantek2.. wink wink=)

.................................

syarat giveaway ni ialah perlu menceritakan kisah mak kita..
ok.. meh baca kisah mak saya..

mak saya merupakan orang yang paling banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya dan adik-adik dalam menempuh dunia yang penuh dengan pancaroba ini... mak dan abah telah membesarkan kami 8 orang adik beradik dengan penuh kasih sayang dan bimbingan agama.. alhamdulillah, sangat bersyukur apabila mendapat sebuah keluarga yang sangat bahagia.. kalau nak tahu, emak saya cantik tau.. macam Raja Ema.. suwiittt.. hehe.. waktu zaman remajanya dulu, ada pengarah filem nak ambik emak berlakon.. tapi, arwah atok tak benarkan.. hehe=)

emak.. sangat besar pengorbanannya,
membantu abah mencari rezeki,
untuk membesarkan kami lapan beradik..
untuk makluman, saya baru saja menimang cahaya mata yang pertama... bukan senang untuk menjaga bayi baru lahir.. macam-macam ragamnya.. bersalin hari tu pun agak susah jugak.. (ada dalam entry NIKMATNYA BERSALIN).. malam berjaga, siang berjaga.. ni baru sorang anak.. cuba bayangkan bagaimana mak membesarkan kami 8 orang... fuhhh... emak sungguh tabah..

banyak kali emak menitiskan air matanya..
ada air mata duka, ada juga air mata gembira..
pernah emak menitiskan air matanya melihat kenakalan anak-anaknya,
pernah juga emak menitiskan air mata tatkala melihat kejayaan anak-anaknya...

waktu birthday mak dan abah saya,
kami adik beradik akan berkumpul sekali untuk menyambut ulangtahun kelahiran mereka berdua..
sebab, tarikh lahir mak dan abah xberapa jauh.. hehe..
oklah, rasanya setakat ni je lah kisah emak yang dapat dikongsikan..
harap2, boleh la dapat giveaway dari ika radiusite tu... hehehe=)

No comments:

Post a Comment