Saturday, January 31, 2009

Home » » PuTeri..

PuTeri..

Hai anakku,
Apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang,
Buatlah dia marah sebelumnya,
Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah,
Teruskanlah..
Kalau tidak, jauhkanlah dia..
Pesanan Lukman al-Hakim

Ketegasan insan bergelar puteri,
”wahai puteriku.. demi Allah..
Jangan engkau percaya terhadap kata-kata SEBAHAGIAN lelaki..
Bahawa mereka memandangmu kerana Akhlak dan Adab..
Bicara denganmu seperti SAHABAt..
Dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab..
Sebenarnya, mereka bohong!!!
Hanya ditanganmu pintu segala kebaikan..
Bukan di tangan kaum lelaki”..

Mengapa mereka meninggalkan seorang wanita
Yang mereka bawa sendiri melayari alam asmara cinta
Tanpa sebarang sebab yang munasabah??
Hanya dengan perkataan ”Lupakan saya, ok”...
Mereka mengakhiri perhubungan yang terjalin..
Tergamak mereka melakukannya kepada seorang puteri..
Tergamak mereka mengguris perasaan insan yang dulunya
Diberi cinta dan kasih sepenuh jiwa..
Mereka penuh dengan kata-kata manis yang nista..
Wahai puteri, janganlah mudah mempercayai kata-kata mereka..


Buangkan kisah pahit yang telah membelenggu masa silammu..
Bina dan ciptalah kebahagiaan untuk dirimu.. Puteri..

No comments:

Post a Comment