Monday, March 02, 2009

Home » » TEKNIK UNJURAN PENDUDUK

TEKNIK UNJURAN PENDUDUK

Apakah sebenarnya teknik unjuran penduduk???
Teknik unjuran penduduk merupakan satu teknik yang digunakan dalam menganggarkan jumlah penduduk pada masa akan datang.. Teknik unjuran penduduk terbahagi kepada 2 kaedah iaitu teknik unjuran AGGREGATE dan KOHORT...

Teknik Unjuran Aggregate ni pula terbahagi kepada banyak lagi model, tapi, 3 model utama yang telah di ajar oleh En Hisyam dan Dr Amiruddin Abu Bakar atau lebih selesa membahasakan dirinya Pak Amir, ialah:
1. Model Pertumbuhan Linear
2. Model Pertumbuhan Berganda
3. Model Regressi

1. MODEL PERTUMBUHAN LINEAR
Apabila tren perkembangan penduduk masa lalu, bertambah atau berkurangan mengikut satu bilangan yang tetap atau hampir tetap;
Maka graf perkembangan penduduk mengikut tahun boleh dilukiskan sebagai satu garis lurus.



FORMULA & APLIKASI PERTUMBUHAN LINEAR

P(t+n) = Pt + b*n
P(t+n) = Bil penduduk tahun unjuran (t+n)
Pt = Bil penduduk tahun asas (t)
b = Data purata pertambahan penduduk se tahun
n = Bilangan selang tahun unjuran dari tahun asas
* = Darab



2. MODEL PERTUMBUHAN BERGANDA

Apabila bilangan penduduk dijangkakaakan akan bertambah secara berganda (compound) di masa depan (Thomas Malthus).;
Maka graf perubahan penduduk mengikut tahun boleh dilukiskan sebagai satu graf geometrik.



FORMULA & APLIKASI PERTUMBUHAN BERGANDA

P(t+n) = Pt * (1+r)n; r = (P(t+n) / Pt)1/n – 1)
P(t+n) = Bil penduduk tahun unjuran (t+n)
Pt = Bil penduduk tahun asas (t)
r = Data % purata pertambahan penduduk se tahun
n = Selang tahun unjuran dari tahun asas
* = Darab


3. MODEL PERTUMBUHAN GRS. REGRESSI

Menggunakan kaedah “least squares” bagi mendapatkan satu garis tren terbaik yang mewakili data pertumbuhan penduduk;
Maka graf perubahan penduduk mengikut tahun boleh dilukiskan sebagai satu garis regressi.


FORMULA & APLIKASI PERTUMBUHAN GRS. REGRESSI

Y = a + b * x; y = bilangan penduduk
a = (Σy – b* Σx) / n x = jarak dari tahun asas
b = (n Σxy – Σx*Σy) / (n* Σx2 – (Σx)2) n = bilangan data



TUJUAN senyum simpul menulis entry bawah tajuk kali ni disebabkan oleh ade rasa sedikit keBENGANGAN... bengang sebab ape ea?? sebab studio kali ni senyum simpul kene buat unjuran penduduk mengikut mukim untuk projek review iskandar malaysia.. masa awal2 dulu, senyum simpul dah decide untuk gunekan teknik linear.. dengan menggunakan teknologi excel, senang je senyum simpul siapkan kiraan tu.. xsampai 1 hari pun.. hee.. tapi, setelah senyum simpul semak kembali rumus-rumus yang digunakan, didapati bahawa, senyum simpul tersalah gunakan rumus!!!!!!!!!!!!..... wawawawawawawawa... rase nk nangis je.. kene la buat kiraan semula..
Pak Im & Pak Lah suh wat presentation hari jumaat ni,.. huhu.. rase x sempat je nk kire... Ade sesiapa yang boleh tolong tak??? huhuhu....

12 comments:

  1. owh sangat benci...
    maths!

    ReplyDelete
  2. huaaa..

    ini lebih kurang statistik kan?

    ReplyDelete
  3. yup.... betul2....
    aduyai... cane ni... huahua..
    klu untuk final presentation bley la kire smula kot..
    klu hari jumaat ni rasenye, xsempat kot...

    ReplyDelete
  4. sem ni amek statistik..pening la..

    ReplyDelete
  5. salam,

    penah wat jangkaan hayat x...

    ReplyDelete
  6. wksalam... xpernah la buat jangkaan hayat..
    blaja subject ape tu ye??

    ReplyDelete
  7. awak student utm ke?

    ReplyDelete
  8. iye.. tapi, dulu la.. skg dah graduate.. kenapa ea??

    ReplyDelete
  9. salam...leh bitau x buku mane tuk cari bahan di atas...

    ReplyDelete
  10. dah x berapa nak ingat la... huhu.. tapi, ce try cari buku statistik.. mesti ada

    ReplyDelete
  11. Salam sya Aqil, student town planning di utm. Bole x minta tunjuk ajar utk penerangan kiraan unjuran penddk mengikut tahun ni dgn lebih detail? Harap boleh membantu, terima.kasih

    ReplyDelete