Tuesday, April 28, 2009

Home » » CINTA BUS STOP

CINTA BUS STOP

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengahari. Raziq menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Cuaca cerah menunjukkan petanda baik baginya. Dia segera menutup fail di atas meja dan memberitahu setiausahanya bahawa dia hendak keluar. Raziq turun ke basement untuk mendapatkan keretanya dan menuju ke tempat biasa yang ditujui. Seperti biasa, dia akan singgah ke drive thru Mcd untuk membeli makanan tengaharinya. Selepas itu, dia segera menuju ke stesen LRT yang berdekatan dan duduk menanti di dalam keretanya. Kelihatan seorang gadis berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. Raziq tersenyum sendirian. Setelah melihat kehadiran gadis itu, dia segera turun dan menuju ke arah perhentian bas itu. Itulah rutinnya setiap hari selepas jika ada kelapangan. Sejak kali pertama berjumpa dengan gadis itu, hatinya sudah terpaut. Namun, dia masih belum ada keberanian untuk bertegur sapa dengan gadis itu.

xxx

"Ehem!" Zikri sengaja berpura-pura batuk apabila melihat Zulaikha mengintai Ibrahim dari jauh. Zulaikha menunjukkan perasaan marah, "Apesal kau ni?!!" "Woi..kalau ye pun kau syok sangat kat dia,jangan la sampai camtu...buruk giler..." ejek Zikri. Zulaikha memukul perlahan bahu Zikri. "Kau diam... suka hatila.. Dia tu,comel..Baik pulak tu.. Walaupun genius, dia tak berlagak dan selalu tersenyum.. Dia la,jejaka idaman aku" jelas Zulaikha. Zikri mula membuat mimik muka menyampah. " Kau jangan mimpilah,Ika.. Cermin muka kau tu dulu... Banyak jerawat, spec tebal macam betty, pakai tudung senget...Ish3...Dia tak perasan pun yang kau tu wujud tau..." ejek Zikri. Zulaikha terdiam. Ada benarnya apa yang Zikri cakap. Siapalah dia,hanya seorang insan biasa...

xxx

Lagu Jatuh nyanyian Adam dihayati oleh Zulaikha bagi setiap patah perkataan yang didengarinya. Dia mengubah perkataan wanita kepada jejaka. Kelakar pula rasanya. Dia tidak tahu kenapa dia asyik pergi ke perhentian bas itu setiap kali waktu lunch. Setelah dia terlanggar pemuda itu ketika turun tangga, hatinya terus berasa berdebar-debar. Buat kali pertamanya, seorang jejaka selain Ibrahim mampu membuat hatinya terus berasa berdebar-debar. Adakah ini cerita pandang pertama? Dia tersenyum sendirian mengenangkan kejadian tadi.

xxx

"Err..maaf saudari,boleh saya duduk di sini?" tanya Raziq dengan sopan. Zulaikha mengangguk kecil. 'Go!Go! Raziq! You can do it!' suara hati Raziq memberikannya semangat untuk mengumpul kekuatan bagi memulakan perbualan memandangkan tiada orang selain mereka berdua. "Tak lapar ke?" tanya Raziq sambil menghulurkan fries kepada Zulaikha. "Ambillah.." pelawa Raziq. Zulaikha pada mulanya kelihatan teragak-agak namun fries bertukar tangan jua. Zulaikha merenungnya,"Err..thanks!" Hati Raziq bersorak kegembiraan kerana berjaya mendengar suara buah hatinya. Selepas itu, dia pun memulakan rancangannya...

xxx

Kedengaran bunyi ketukan pintu dan Zikri masuk tanpa diminta. "Oii!!! Aku nak mintak tolong kau ni....kau dengar tak??" kata Zikri sambil merenung ke arah Zulaikha yang sejak dari tadi sibuk membaca kes-kes. "Apa?" tanya Zulaikha bersahaja tanpa memandang ke arah Zikri. ".. Kalau kau ada buat salah,kau cari peguam lain.. Aku boleh rekomenkan... Aku dah ada cukup banyak kes yang aku nak handle ni..." sambung Zulaikha lagi. Zikri menarik kes-kes yang sedang dibaca Zulaikha dan meletakkannya ke tepi. Kemudian, Zikri merenung ke arah Zulaikha dengan penuh romantis dan memegang tangan kanan Zulaikha disusuli dengan ciuman pada tangan kanannya itu, sambil berkata, " Jadilah kekasihku..." Zulaikha termangu seketika dan kemudian melihat ke arah Zikri yang masih tidak melepaskan tangannya... Kemudian, Zulaikha mengetuk kepala Zikri dengan fail di atas meja.."Apa cium-cium?!!"

xxx

Entah kenapa Zulaikha bersetuju untuk menjadi kekasih Zikri. Malahan, dia sanggup mengorbankan hujung minggunya untuk keluar dengan Zikri. " Hai sayang...Sayang, ni I kenalkan Tasya, rakan sepejabat I and Tasha, ni I kenalkan Ika, kekasih hati I." Zikri dengan senang hati memperkenalkan mereka berdua. Geli-geleman Ika dibuatnya. Daripada panggilan 'aku' 'kau' terus bertukar 'I' 'you'.. 'Pelik,budak Zikri ni..Sejak bila pulak dia romantik macam ni? Masa sekolah dulu, ganas je,takde pun ciri-ciri romantik..gumam Zulaikha di dalam hati. Tiba-tiba mata Zulaikha terpandang akan kelibat seseorang yang dikenalinya duduk berdekatan.. 'ha! Raziq!' jerit Zulaikha di dalam hati.

Raziq melihat dari jauh perlakuan mesra antara insan yang mencuri hatinya dengan jejaka lain yang dia tidak berapa nampak wajah jejaka itu yang membelakangi dirinya. Entah kenapa hatinya panas. Dia tidak pernah sangka Zulaikha merupakan gadis sebegini. Nampak sahaja bertudung, alim, tetapi berpegangan tangan dengan lelaki tanpa segan silu di khalayak ramai. Dia membuat keputusan untuk bangun dan memarahi Zulaikha kerana menipunya bulat-bulat,namun niatnya tergendala apabila mendapat satu sms.

xxx

"Jangan la sedih,Ika... Kau ada aku,kan..kan..." pujuk Zikri bersungguh-sungguh. Ika hanya mendiamkan diri. "Macam ni ajelah, kat majlis reunion ni, kau lupakan jelah laki bus stop tu dan kau fokus untuk tackle Ibrahim,ok.. Aku dah lepaskan kau ni...Kau still suka kat Ibrahim kan?" sempat Zikri berseloroh dalam usaha dia memujuk Zulaikha. Zulaikha hanya menggeleng-gelengkan kepala," Semua ni, salah kau...yang kau pegang tangan aku and buat-buat romantik tetiba kat tempat awam apahal?!! Mesti dia da fikir aku ni perempuan jahat...Aku benci kat kau..." marah Zulaikha. " Alahai,merajuk pulak..kau tak nak masuk ke? Alang-alang dah sampai sini, masuk la dewan,jumpa kawan-kawan lama. Jumpa Ibrahim kesukaan kau dulu..Takkan nak duduk kat luar je..." pujuk Zikri lagi.. "Taknak..Aku malas la,kau yang paksa aku datang kan, sebab lesen kau dah mati,kau suruh aku drive...Aku nak duduk je kat luar.." Jelas Zulaikha bersahaja dan duduk di bangku di luar tanda protes. Zikri mengeluh kecil. 'Suka hati kaulah,Ika...'

Zikri meninggalkan Zulaikha keseorangan dan matanya melilau mencari Ibrahim 'Ha! tu punn'
"Wei,Ib...lama tak jumpa kau.. Sebelum kau cerita pasal diri kau dengan lebih lanjut, aku nak kau ikut aku jumpa secret admirer kau...Kau ingat tak,yang aku selalu cerita kat kau dulu masa sekolah? Ingat tak?" tanya Zikri. "Oh, yang selalu pass kat kau penanda buku gambar karun tu ek,yang dia suruh bagi aku tu...?" tanya Ibrahim. " Haahlah, yang tu la... Kau kan memang tak kenal dia yang mana kan,maklumla,kau kan budak nerd masa tu, mane la, nak kisah hal orang sangat..." sempat Zikri mengejek Ibrahim. "Yelah,yelah.. Aku budak nerd.. Kau tunjukkan la, kat aku siapa dia.. Aku pun teringin nak tahu nihh.." jelas Ibrahim. Zikri tersenyum puas. "Kalau kau nak tahu, meh ikut aku.." arah Zikri.

Ibrahim membontoti Zikri dari belakang keluar dewan. Kelihatan seorang gadis bertudung yang mukanya tertutup dengan buku komik yang sedang dibacanya. " Wei minah! Apesal kau tak masuk lagi? Baca komik pulak tu... Buruk perangai.. Kau tu dah dewasa tau!" tegur Zikri. Zulaikha tidak menghiraukan Zikri. "Dia ke?" tanya Ibrahim dalam nada berbisik. Zikri hanya menganggukkan kepalanya. Ibrahim pun menuju ke arah Zulaikha dan menarik komik tersebut dari tangan Zulaikha. " Zikri! Kau ni kan... Haaa!!!!!" kata-kata Zulaikha terhenti apabila melihat Ibrahim. " Kenapa awak ada kat sini?" Ibrahim dan Zulaikha bertanya serentak. " Saya student kat sini..." sekali lagi mereka serentak dalam memberikan jawapan. Zikri bergerak dan berdiri di antara Zulaikha dan Ibrahim. "STOP!!" arah Zikri tiba-tiba. " Aku lupa nak kenalkan kat kau dia ni, Zulaikha adik sama emak dengan aku,tapi lain ayah..dan Ika, ni Ibrahim kesayangan kau.." sambung Zikri lagi. Muka Ika bertukar kemerahan. " Zikri,dia dah ada pakwe kan?" tanya Ibrahim. " Pakwe? Hahahaha!!!! Kau nak tahu, dia ni setia kat kau sorang je,cuma akhir-akhir ni dia ada curang sikit la..." jelas Zikri. " Dekat restoran,kan last week? berpegangan tangan..." duga Ibrahim. "Restoran? bukan...bukan... Dia curang dengan laki bus stop la..Dia ni, mane la pernah keluar dengan lelaki lain kecuali aku nih... aku yang suka keluar dengan dia konon-konon nak jeleskan awek yang aku nak usha tapi tak berjaya la..eh,eh..jap,jap...macamane kau leh tahu ni?" Zikri menoleh ke arah Ibrahim meminta penjelasan.

Ibrahim tidak menghiraukan pandangan dan pertanyaan Zikri. Dia menoleh ke arah Zulaikha untuk mendapatkan kepastian. Zulaikha mengangguk kecil. Ibrahim tersenyum. " Sorry, sebab salah faham... By the way, saya Mohd Ibrahim Raziq..." kata Ibrahim lalu mengambil pen dari kocek bajunya, dan menulis sesuati di dalam komik milik Zulaikha. Zulaikha membaca apa yang ditulis Ibrahim. Dia pula tersenyum. " Sudi, tapi kenalah,ikut line yang betul.." jawab Zulaikha lalu terus masuk ke dalam dewan meninggalkan komik yang dibacanya tadi. Ibrahim pula dilihat segera beredar ke suatu penjuru untuk membuat satu panggilan telefon. Zikri terpinga-pinga keseorangan. Dia pun mengambil komik milik Zulaikha tadi dan terkejut melihat....

' Sudikah awak menjadi wanita yang akan menemani saya berbual
sepanjang hidup saya selain di bus stop? Saya menyintai awak.
Kahwinlah dengan saya. -Ibrahim Raziq- '

xxx

sweet sangat kan??? kalau la ade lelaki macam Ibrahim Raziq.. ngeee..

Penulis : Kura-Kura Comey

Karya ni diambil terus daripada blog Koleksi Cerpen2

2 comments: