Tuesday, July 14, 2009

Home » » 40.1???

40.1???

sekarang ni, macam2 penyakit yang timbul...
H1N1 la yang paling hot skg ni..
bukan ape, mudah sangat merebak..

semalam, mizz senyum seakan pengsan..
disebabkan demam ni la...
selepas selesai menghantar angklung ke unit kebudayaan,
mizz senyum bertekad untuk ke klinik..

merasakan suhu badan semakin meningkat..
bibir dan seluruh badan menggigil..
kaki terasa lesu untuk menapak..
tapi, mizz senyum kuatkan semangat untuk menuju ke klinik mendapatkan rawatan...

Sampai sahaja di klinik...
"Mak aiii, ramainye orang"..
penuh kerusi tu..
mizz senyum dpt giliran ke 492..
mizz senyum mula menitikkan airmata..
bukan sebab sedih, tetapi air mata mmg tidak dapat dikawal..

Jururawat yang menjaga kaunter terus memeriksa suhu badan mizz senyum...
Nak tau, temperatuture badan mizz senyumm???
40.1 darjah celcius..
ni la 1st time mizz senyum terkena demam mcm ni..
huhu..

Lantas, jururawat tersebut mengarahkan mizz senyum untuk bergegas ke bilik doktor melalui pintu belakang.. untuk mempercepatkan proses rawatan..
dan setelah ditemuramah dan diperiksa, doktor bertanyakan satu soalan,
"awak nak cucuk atau terus nak ambil ubat??"
hee.. cuba teka mizz senyum pilih ape??
"saya nak cucuk dulu boleh??"
bukan ape, mizz senyum tak larat nak tanggung demam lama2..
banyak lagi komitmen lain yang perlu diuruskan..
"ok, so skg ni awak teeus jumpe nurse, dan beritahu yang awak perlukan injection"
kata doktor sambil tersenyum
"terima kasih doktor"..

cuba teka mizz senyum kene inject kat mane??
hehe...
"adik, baring mengiring ye, longgarkan zip kain tu"
kata nurse tu.. hehe.. mizz senyum turuti apa yang nurse cakapkan
"jangan bergerak ye, relakskan badan, tarik nafas, hembus"..
dalam hati rasa nak menjerit je... sakit ooooooo...
huhu...
"ok, dah.. adik boleh ambil ubat, balik, n rest ye"
kata nurse tu..
"terima kasih"

hehehe...

p/s: kepada sesiapa yang rasa tidak atau kurang sihat tu, cepat2 la cek ye.. ambil ubat.. virus ni senang sangat merebak...

akhir kata, doakan mizz senyum agar cepat sembuh ye...

salam~
PhewMoodswingsBugging OutShy Girl

2 comments: