Saturday, June 19, 2010

Home » , , » APA NAK BUAT KALAU LELAKI MERAJUK??

APA NAK BUAT KALAU LELAKI MERAJUK??

salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi=)
selamat pagi sabtu yea..
mesti dah banyak perancangan dibuat untuk harini.. kan??

sambil-sambil tu, miss senyum nk tanya sikit lah kan...
KENAPA LELAKI MERAJUK??

hurm,
sejak akhir-akhir ni, miss senyum ada buat banyak research tentang merajuk ni.. banyak yang miss senyum jumpe.. tapi, miss senyum ringkaskan je lah yea.. hehe=)

1. BILA TAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN...

#contoh la kan, dia lapar.. pastu, perempuan plak asyik sibuk je dengan shopping sane.. shopping sini.. tak menyempat2.. hehe.. perut si lelaki ni plak, lapar tahap gaban.. malam semalam tak makan nasi.. pagi tak bfast.. tgahari plak, sibuk temankan si perempuan ni shopping.. =) so, merajuklah si dia..
~so, si perempuan kena lah faham yek.. =) (nasihat untuk diri sendiri jugak neyh!!).. kalau tak de duit nak blanja makan kat tempat yang mahal, tempat yang murah-murah pun okey ape.. warung-warung banyak.. kan?? =) kalau tak boleh beli makanan untuk 2set, beli satu set je oke.. boleh share share.. hehe..

❤you know what??? sharing is caring❤

2. CEMBURU
#haa.. jangan disangka perempuan je cemburu tau.. lelaki pun ada jugak sifat cemburu ni.. dan kalau dia cemburu, dia merajok la jugak.. hehe.. lebih kurang sama je kan macam perempuan.. cume, cara lelaki dan perempuan merajok ni lain sikit la... contohnye, kekasih ni sedang jalan-jalan 'dating' di satu-satu tempat.. tiba-tiba, ada mamat mana nth wusha-wusha awek dia.. mungkin sbb, awek dia tu sexy @ ape2 je lah kan.. yang boleh menarik pandangan mamat mana nth..
~ni nasihat utk lelaki.. kalau jadi macam ni, xperlulah cemburu yek.. sebaliknye, jagalah kekasih anda sewaktu berjalan bersama-sama.. pastikan dia melintas jalan dengan baik.. hehe.. (tetibe je masuk pasal melintas jalan).. hehe.. ape2 je lah=)

❤you know what??? manusia itu tiada yang sempurna❤

3.INGINKAN PERHATIAN!!!
#kadangkala, lelaki ni merajuk sebab inginkan perhatian kaum wanita.. hurm.. same je la macam wanita pun.. kalau nak kan perhatian, merajuk.. dengan harapan si dia akan memujuk.. tetapi, awas!! bukan semua orang pandai memujuk-mujuk ni.. kalau la kejadian merajuk2 ni jadi kat khalayak ramai, pastu, nak kene pujuk2 pulak.. tak ke malu??? orang lain pun mesti meluat tengok.. hehe..
~so, kalau nak kan perhatian, xperlu merajuk2 yek.. cukup sekadar sentuhan dan ucapan.. itu sudah memadai dan lebih berbaloi daripada merajok.. okies?? jadi, lepas ni., lelaki jangan la merajok-merajok lagi yek.. kalau sikit-sikit tak ape lah.. tapi jangan selalu..

❤you know what??? love is a simple and beautiful❤

------------------------

biasenye, kalau lelaki ni merajuk, mereka akan;
1. diam seribu bahasa,
2. Masam Muka,
3. Buat tak tahu,
4. Tak nak makan same2,
5. Bace surat khabar berkali2 berita yang sama,
6. Tengok Tv sampai malam (walaupun bukan cite favourite die),
7. Keluar rumah tak bagi tahu,
8. Matikan Nfon / Tak reply message / Tak jawab call...

---------------------

jadi, apa yang perlu kita lakukan??? jeng jeng jeng...
(yang bawah2 ni, miss senyum copy dari blog apa ea.. hurm.. maaf.. tak hengat, sbb miss senyum dah jadikan dia dlm bentuk word.. terlupa nak amik link blog dia... tapi, tajuk entry tu.. 'nampak macam pelik')

1. Terangkan perkara sebenar

-Adalah lebih mudah berkata benar. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk.

Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat pada si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan

-Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah..

Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”

-Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya.

Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis tersebut. Adalah amat kelakar bagi sehinggakan anda pun tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya (kalo suare sedap laa.. kalo sumbang jangan dibuat)

-Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernahkah anda nyanyikan lagu untuk si Dia?

Mungkin jawapannya. Tetapi apa salahnya anda berkaraoke dalam telefon saja. Berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa?
Sudah pasti ya!:P

Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menyanyi. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

p/s: maaf ye sebab entry ni xde gambar.. disebabkan oleh masalah internet yang agak lembab dan slow motion=)

sekian.. wassalam=)

4 comments:

  1. wah .. menarik... kenapa kena merajuk? best ke merajuk? erm.... macam buruk pulak kalo lelaki merajuk... hehehehe.. :)

    ReplyDelete
  2. cube la kalau nk tahu best ke xbest...
    tapi, rasenye mmg sgt xbest klu si kekasih xpandai pujuk...

    baik xpayah merajok oke!!!=)

    ReplyDelete
  3. ambooiiii....
    jeles i...
    hahahaha...ye kakak bucukkk....

    ReplyDelete
  4. tapi kalau dia memilih untuk diam? urhhh pedihnye hati.. dh mnta maaf dh.. still berdiam.. uhhhh :'(

    ReplyDelete