Monday, March 30, 2009

Home » » WANITA

WANITA

Wanita Ibarat..
Sinaran Mentari di pagi hari,
Sinaran Purnama di kala malam,
Udara yang memenuhi segenap ruang,
Embun salju di kala fajar..

Wanita penuh dengan keistimewaan,
Perilakunya Indah,
Perilakunya Sopan..

Wanita dicipta..
Untuk disayangi dan menyayangi,
Untuk dikasihi dan mengasihi..

Hatinya Lembut,
Jangan Sakiti Hatinya,
Rajuknya Seketika,
Jangan duakan Cintanya,
Kelak engkau yang merana..

Wanita Idaman..
Walaupun perilakunya indah,
Tutur kata menggegar jiwa,
Namun, ia ibarat mawar berduri
yang sukar didekati..

Jadilah Wanita seperti
Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan Sumaiyyah..
Serikandi yang telah menggegarkan dunia..
Tabah dalam mengharungi liku
Sabar menempuhi dugaan
Setia dan taat pada yang satu..


Nukilan:
Umi Zuhirah Binti Ramlan
30 Mac 2009
7:07pm

P/S : Sayangilah wanita disekeliling anda.. termasuklah ibu, nenek, kakak, adik, mak cik dan kekasih anda.. hehe..

1 comment:

  1. sajak ni nak kene baiki lagi ni.. sape ade idea utk mencantikkan lagi nukilan ni?? sila beri pendapat dan pandangan.. sekian, terima kasih..

    ReplyDelete