Friday, January 06, 2012

Home » , » RFZPPN

RFZPPN





    
Assalamualaikum..

Hye kawan-kawan & sahabat alam maya.. hehe..
Pernah dengar tak singkatan RFZPPN??
Mesti tak pernah dengar lagi kan??
Sebab, acronym ni hanya berlegar-legar di kepala Town Planner dan mereka yang terlibat dengan pengurusan sumber air di Malaysia ni je.. =)

Ok lah..
Apa itu RFZPPN??
RFZPPN ialah Rancangan Fizikal Zon Penggunaan Pantai Negara.
Haa, agak berat kan??
Tapi, mesti korang faham kan bila tengok tajuk dia??
 RFZPPN ni standard dia lebih kurang Rancangan Fizikal Negara (RFN).. 
Kawasan kajian = meliputi 5kilometer ke darat dan 3 Batu nautika ke arah Laut di seluruh semenanjung malaysia..


bawah RFZPPN pula, ada ICUZP iaitu Integrated Coastal Zonning Plan, atau bahasa melayu nya disebut sebagai Pelan Pengurusan Zon Guna Pantai..

Di Selangor, terdapat 5 daerah yang terletak berhampiran dengan pantai.. iaitu;
1. Sepang
2. Kuala Langat
3. Klang
4. Kuala Selangor
5. Sabak Bernam
Setakat ini, Pelan Pengurusan Zon Guna Pantai yang telah disiapkan iailah, Daerah Kuala Langat dan Klang.. Manakala Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam masih dalam proses penyediaan, bengkel, pembaikan laporan dan sebagainya..
Juga terdapat cadangan daripada pihak PBT untuk meningkatkan lagi 'darjat' laporan ini supaya tidak dapat tidak mesti digunapakai oleh pihak pemaju yang ingin membangunkan kawasan yang terlibat.. (5km darat dan 3Batu Nautika Laut)

Nak tengok hasilnya?? tunggu laporan ni siap sepenuhnya ok.. saya akan share dengan semua pembaca yang berminat =)

Sekian, Wassalam

No comments:

Post a Comment